PAS HALAU MAHFUZ KELUAR PAS...MAHFUZ KINI MEROYAN

Pas mengesahkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan diketengahkan sebagai calon mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam masa sama, Pas juga memberi peringatan kepada Mahfuz supaya keluar daripada parti berikutan tindak tanduknya yang cenderung menyokong Pakatan Harapan diketuai DAP.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, selain Mahfuz, mana-mana pemimpin lain yang secara terbuka menentang Pas turut tidak akan dicalonkan lagi dalam pilihan raya.

“Saya beritahu terus terang, Mahfuz tidak akan bertanding lagi. Mereka yang menentang Pas tidak akan dicalonkan lagi. Itu pendirian kita.

“Kita akan ganti dengan calon yang lebih baik mengantikannya (Mahfuz) di Pokok Sena,” katanya ketika ditemui selepas ceramah umum 27 tahun Membangun Bersama Islam di Kampung Jejawi, Padang Tembak di sini malam tadi.

Semalam Mahfuz bersama tiga lagi pemimpin Pas iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah, ADUN Kubang Rotan, Mohd. Nasir Mustapa dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman dilaporkan hadir dalam Konvensyen Nasional 2017 PAN di Alor Setar, Kedah.

Dalam masa sama, Mahfuz juga dilaporkan berkata bahawa mana-mana ahli Pas termasuk dirinya tidak perlu keluar daripada parti Islam itu bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan.

Sementara itu, ketika ditanya adakah Mahfuz akan dikenakan tindakan berikutan tindak tanduknya yang cenderung dengan Pakatan Harapan, Mohd. Amar menjelaskan, Pas tidak akan bertindak demikian kerana beranggapan beliau terlalu kecil di dalam parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana