Mustafa saran PAS berunding dengan Umno...Syukur Alhamdulilah Lah

Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali menyarankan partinya menyambut cadangan rundingan yang pernah disuarakan Umno sebelum ini.

Mustafa berkata, saranan itu wajar disambut oleh PAS demi kepentingan negara ini.

Memetik laporan Malaysian Insight, veteran PAS itu juga berkata, PAS tidak semestinya perlu masuk Barisan Nasional (BN) selepas berunding tetapi perlu berunding secara rasmi untuk bekerjasama dengan Umno.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.

Menurut Mustafa, cadangan itu diberikan selepas presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan PAS dan Pakatan Harapan (PH) tidak ada 'chemistry' lagi.

Mustafa berpandangan, pendekatan PAS yang mahu menjadi 'king maker' sebelum ini tidak sesuai kerana sistem pilihan raya di negara ini tidak akan membolehkan PAS berjaya.

"King maker hanya boleh berperanan apabila negara dalam keadaan 'hung parliament' (parlimen tergantung) tetapi kita sekarang mahu menyertai pilihan raya yang ada kerajaan dan pembangkang," katanya dalam sidang media di Terengganu hari ini.

Annuar baru-baru ini berkata kedua-dua parti itu perlu “duduk semeja” bagi mencari titik persamaan demi kepentingan umat Islam.

Annuar juga membayangkan bahawa Umno dan PAS akan bekerjasama, kerana menurutnya kedua-dua parti itu mempunyai "DNA yang sama", iaitu memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Islam.

Malah Annuar juga memaklumkan, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dikatakan telah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan parti dalam mengadakan rundingan pakatan pilihan raya dengan PAS.

Dalam pada itu Mustafa juga yakin PAS boleh menambahkan undi popular dalam pilihan raya kali ini, namun ia tidak semestinya bermaksud penambahan kerusi untuk PAS.

Justeru katanya, melalui kerjasama dengan Umno, PAS boleh menambahkan kerusi dalam pilihan raya nanti.

"Atas dasar itu, saya mahu lihat PAS bekerjasama dengan Umno kerana kedua-dua parti ini mewakili undi Melayu yang menjadi pengundi tunggak dalam negara ini," katanya.

Menurut Mustafa, beliau akan memberikan kenyataan kedua selepas ini apabila kedua-dua parti memberikan maklum balas bersabit pendirian masing-masing.

Mustafa turut bersetuju apabila dikatakan hanya Umno yang kelihatan beriya-iya mahukan kerjasama ini, sedangkan PAS sebaliknya dan konsisten untuk bersama Gagasan Sejahtera (GAGASAN).

"Sebab itu bagi saya PAS perlu jelaskan perkara ini," katanya sambil menambah, jika kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding, orang tengah tidak diperlukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana