MINDEF SARAN ASET KOMANDO DITAMBAH

Penambahan aset terkini untuk Rejimen Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah antara usul Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk disenaraikan dalam Bajet 2018 yang dibentang Jumaat depan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk dipertimbangkan.

“Kita percaya ia dapat membantu dalam menangani ancaman keganasan seperti yang berlaku di Marawi City, Filipina.

“Kita tidak pernah berdepan serangan dan ancaman keganasan Daesh di sini, namun anggota komando perlu dilengkapi dengan peralatan terkini,” kata Menteri Tugas Khas itu.

Hishammuddin berkata demikian selepas menghadiri sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Pertahanan di Wisma Perwira di ibukota hari ini.

Seramai 890 peserta merangkumi pegawai dan anggota pelbagai pangkat, kakitangan awam Kementerian Pertahanan, Veteran ATM dan industri pertahanan hadir pada dialog itu bagi berkongsi aspirasi TN50.

Sebelum ini, sebanyak 57 sesi dilakukan di peringkat kementerian berkenaan, di seluruh negara membabitkan lebih 50,000 cadangan daripada 33,019 penjawat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana