KERUSI PRU BUKAN HAK MILIK EKSKLUSIF PARTI – NAJIB

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak mengingatkan parti-parti komponen gabungan itu untuk bersikap toleransi dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya.

Perkara itu dinyatakan Najib di Taklimat Pemukiman Jentera BN PRU14 yang diadakan secara tertutup di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Ditemui pemberita, Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata peringatan Najib itu penting supaya gabungan parti-parti kerajaan itu mengekalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Untuk mencapai matlamat ini, parti komponen jangan lagi mengekalkan status quo masing-masing.

“Ertinya kalau dahulu mungkin kerusi ini parti A punya akan dikekalkanya sampai bila-bila.

“Seperti yang Presiden BN kata, sudah tiga penggal kekal seperti itu maka sudah tiba masa untuk kita ubah suai, kerana kedudukan kerusi bukan hak milik sesuatu parti.

“Tetapi kita kena lihat sama ada Kerusi itu boleh menang atau tidak, boleh diterima rakyat atau tidak. Untuk menang pilihan raya kita kena ada semangat BN dan kita perlu bahagi dan kongsi kuasa,” ujar Noh.

Sebelum ini wujud pertikaian berhubung kerusi Parlimen Cameron Highland milik tradisi MIC, dengan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) selepas Presidennya, Tan Sri M. Kayveas menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.

MIC bagaimanapun enggan menyerahkan kerusi itu dan tetap mahu meletakkan calon pada PRU14.

Kerusi Parlimen Cameron Highland kini disandang Datuk Seri G. Palanivel yang juga bekas Presiden MIC.

Noh, ketika mengulas berkenaan taklimat Najib juga memberitahu Presiden yakin dengan keadaan dan sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak, walaupun banyak parti yang mewakili etnik di sana.

“Walaupun ada pelbagai parti tetapi mereka lebih memahami dan bertoleransi. Di Semenanjung Malaysia ada empat parti dan kita kena ingat bahawa kita tidak ada kekuatan kalau kita hanya hendak tegakkan parti masing-masing,” ujar Noh lagi.

Sementara itu Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata taklimat Najib sebentar tadi membayangkan BN boleh kembali memenangi majoriti dua pertiga dalam PRU14 akan datang.

“PM sebut perlu dapatkan majoriti dua pertiga dan pada saya ia memang menjadi hasrat dalam PRU kali ini. Maka program seperti ini sebagai permulaan awal bagaimana perpaduan dalaman mesti diperkukuhkan bukan sahaja di kalangan ahli Umno, bahkan di kalangan komponen BN juga,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana