Bugis lanun...Naib Presiden Indonesia tersinggung penghinaan Dr Mahathir...Habis Lah Kau MAdey

Selain masyarakat orang Bugis di Indonesia merasa marah dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang gelar  keturunan Bugis sebagai lanun...Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla juga turut amat tersinggung.

Beliau menyuarakan hal ini kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam perbualan mereka di Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di Istanbul,Turki.

Zahid memberitahu wartawan Malaysia yang meliputi persidangan itu  Jusuf Kalla menyatakan hal itu ketika mereka sama-sama menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat.

“Walaupun (menyatakan) bukan secara rasmi tetapi Jusuf memberitahu saya bahawa beliau amat-amat tersinggung dengan ungkapan yang menghina orang Bugis sama ada di Malaysia atau di Indonesia khususnya Sulawesi,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia Sabtu.

Zahid menjelaskan, dari sudut sejarah, panggilan lanun terhadap orang Bugis sebenarnya diletakkan oleh penjajah sedangkan sebenarnya mereka adalah pahlawan yang menentang penjajah.

Dr Mahathir bercakap mengenai pasal Bugis lanun semasa berucap di himpunan Pakatan Harapan di Padang Timur Petaling Jaya baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL