Bodohnya orang Bugis, pejabat saya tutupkan – Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad secara jelas menyindir kumpulan Bugis yang berdemonstrasi di hadapan pejabatnya di Putrajaya pada 19 Oktober lalu sebagai tidak berfikir panjang sebelum melakukan tindakan.

Beliau ketika berucap dalam sesi ceramah sempena Konvensyen PAN di Alor Setar, Kedah malam tadi mendakwa golongan tersebut hanyalah menurut perintah didakwa dikeluarkan pihak tertentu yang marah terhadapnya kerana menghina orang bugis.

“Bodohnya dia orang, pejabat saya tutupkan, Deepavali. Tapi apa boleh buat, dah sewa bas, pejabat kosong, mereka mendakwa saya hina orang bugis,” kata Pnegerusi Pakatan Harapan itu,

Namun bekas perdana menteri itu juga menafikan menghina keseluruhan golongan berkenaan.

“Saya tak hina bugis, saya tak kata semuanya tak baik, ada yang baik, tapi yang penyangak pun ada,” katanya.

Terdahulu, antara pemimpin PH yang turut memberi ucapan ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Dalam himpunan itu juga, Dr Mahathir turut mengumumkan bahawa anaknya sendiri iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengetuai pimpinan Pakatan Harapan di negeri Jelapang Padi.

Sementara itu, susulan sesi ceramah disiarkan secara langsung di Facebook, beberapa netizen di media sosial dilaporkan berang dengan tindakan pembangkang yang meminta supaya rakyat memberikan sumbangan kepada parti itu.

Saripah Zaleha antara yang yang memberi komen menyebut bahawa ‘mai Kedah memang tujuan nak minta duit kami pula kah?’

Komen itu sebagai respon daripada tindakan yang meminta rakyat yang hadir untuk memberi sumbangan dan dimasukkan ke dalam beg oren, didakwa tertera nama Mohamad Sabu berserta tandatangan.

“Kalau ada RM1,000, masukkanlah RM1,000, anggaplah ia adalah sebuah pengorbanan untuk parti,” jelas pengerusi majlis yang mengendalikan program itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana