Berebut bangunan... Penyokong PAN-PAS bertembung

Jika baru ini ada artis yang tuduh suami pecah rumah sendiri... macam itulah hal yang tengah hangat di Kelantan sekarang ini.

Kes 'laki-bini' bercerai... masing-masing nak tuntut harta sepencarian.

Malam Ahad berlaku pertembungan di antara PAS dan serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN) di Kelantan berebut bangunan bernama Wisma Tok Guru dekat Salor.

150 penyokong PAS berhimpun sambil memasang bendera di sekitar bangunan terbabit sebelum disusuli ucapan oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadzli Shaari.

Sebaik saja ucapan itu selesai, ketegangan berlaku apabila seorang penyokong PAS tidak mengizinkan Ketua Pemuda PAN negeri, Hazmi Hassan, yang mahu menggunakan pembesar suara bagi menyuraikan penyokong parti berkenaan.

Berikutan daripada tindakan itu, pertengkaran tercetus di antara penyokong kedua-dua parti itu sehingga mereka terpaksa ditenangkan oleh pasukan anggota polis yang turut berada di lokasi kejadian.

Sebelum bersurai, Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang turut hadir membaca doa penutup perhimpunan penyokong parti itu.

Ahmad Fadzli dalam menyampaikan ucapannya, berkata tindakan mereka memasang bendera PAS di situ adalah sebagai permulaan dan petanda awal bahawa tanah serta bangunan terbabit adalah hak milik parti terbabit.

"PAS sudah memberikan notis sebulan kepada pihak yang menduduki bangunan ini untuk mengosongkannya selewat-lewatnya pada 14 November depan.

"Kita sekadar meletakkan bendera di bahagian luar saja sebagai penghargaan kepada penyokong yang menyumbang untuk kita mencipta sejarah melihat bangunan ini kembali menjadi milik PAS," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan PAN mungkin terpaksa mencari bangunan baharu untuk menempatkan pejabat mereka selepas menerima notis mengosongkan wisma berkenaan.

Selain menempatkan pejabat PAN Kelantan, bangunan itu turut menjadi pejabat ADUN Salor, Datuk Husam Musa Husam, bekas Naib Presiden PAS yang sebelum ini dilaporkan bertegas untuk mempertahan pemilikan bersamanya terhadap tapak bangunan itu.

Husam dilaporkan mahu memfailkan kes terbabit di mahkamah dan meminta penyokongnya terus menggunakan bangunan itu sehingga perintah dikeluarkan mahkamah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana