Tiada Masa Atau Memang Tidak Mahu Tandatangani IBR?

Usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu semua negeri di Malaysia menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), telah mendapat kerjasama baik dari kesemua negeri di Malaysia kecuali negeri Selangor. Setelah Pulau Pinang bermain tarik tali untuk menandatangani ikrar ini, akhirnya negeri yang diketuai oleh seorang Ketua Menteri yang sednag berhadapan dengan tuduhan rasuah, menerima IBR ini pada bulan lalu.

Kini hanya tinggal negeri Selangor yang diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali sahaja yang menjadi satu-satunya negeri yang masih enggan menandatangani ikrar berkenaan. Alasan yang diberikan oleh Azmin adalah, masih belum ada masa yang sesuai untuk kerajaan negeri menandatangani ikrar berkenaan. Persoalannya, benarkah kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai masa menandatangani ikrar ini?

Jika dilihat dari aktiviti Azmin selaku Menteri Besar, dia ada masa pula untuk membawa segerombolan Exconya melawat beberapa negara di Eropah. Malah, Azmin juga ada pula masa menghadiri beberapa siri ceramah politik anjuran Pakatan Harapan. Namun, ketika diminta untuk menunjukkan intergritinya selaku Menteri Besar, dia cuba mengelak dengan alasan yang agak sukar difahami.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk Azmin dan kerajaan negeri luangkan bagi menandatangani ikrar berkenaan? Adakah Azmin merasakan, majlis berkenaan harus diadakan secara besar-besaran dengan majlis jamuan hebat-hebat serta pertunjukan pentas dari artis Hollywood atau Bollywood bagi menghiburkan para tetamu dan para pegawai dari SPRM? Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan Azmin?

Untuk rujukan, ikrar berkenaan antara lain menzahirkan intergiriti sesebuah kerajaan negeri dalam usaha mereka memerangi gejala rasuah. Disamping itu, kerajaan negeri akan bekerjasama penuh dengan SPRM jika pihak SPRM melakukan siasatan terhadap sebarang aduan berkaitan rasuah di sesebuah negeri. Adakah ini yang sebenarnya menggentarkan Azmin dan kerajaan negeri Selangor?

Umum mengetahui bahawa Azmin sehingga kini masih gagal menjawab beberapa persoalan yang diajukan terhadapnya dalam beberapa isu di Selangor. Antaranya isu membabitkan SPLASH, Syabas, DEIG, Pintu Gerbang Darul Ehsan, UNISEL, isu pembinaan kilang-kilang haram di Selangor, pusat-pusat judi haram, kewujudan rumah-rumah persundalan dan banyak lagi.

Seandainya Azmin akhirnya akur kepada desakan ramai dan SPRM untuk menandatangani ikrar berkenaan, adakah Azmin bimbang segala perkara yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum, akhirnya akan terbongkar dan menjejaskan namanya di Selangor? Timbul persoalan, kenapa Azmin perlu bimbang sekiranya dia tidak bersalah atau terlibat dalam apa jua unsur penggubahan wang haram dan rasuah?

Berhentilah Azmin dari memberikan alasan yang tidak munasabah kononnya kerajaan negeri Selangor belum ada masa untuk mengadakan majlis menandatangai ikrar IBR ini. Kesibukan kerajaan negeri Selangor sama seperti kesibukan negeri-negeri lain di Malaysia dengan kesemua negeri ini akur kepada permintaan SPRM. Sampai bila Azmin mahu mengelakkan diri dari menandatangani ikrar ini?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana