Penganjur Pesta Arak 2017 degil... enggan patuh peraturan...Inilah dikatakan Biadap dan Kurang Ajar

Tidak menghormati undang undang pihak berkuasa...memang Biadap betul.

Tetap berdegil... walaupun tidak mendapat permit untuk menganjurkan pesta arak... Penganjur Better Beer Festival 2017 mahu pesta itu diteruskan.

Menerusi kenyataan di sebuah akhbar berbahasa Cina, mereka dilaporkan tidak bercadang menukar lokasi penganjurannya dan sikap itu menunjukkan acara itu akan tetap diadakan walaupun tidak mendapat kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sin Chew Daily melaporkan, jurucakap penganjur berkata, penganjur juga tidak akan memohon kepada negeri-negeri lain untuk mengadakan acara berkenaan.

“Kami tidak cadang memohon dengan negeri-negeri lain. Kalau mohon pun, tidak semestinya akan diluluskan,” kata laporan itu.

Pesta arak itu yang dijadualkan diadakan pada 5 dan 6 Oktober ini menerima kecaman banyak pihak terutama umat Islam yang rata-rata kesal kerana penganjurnya menjadikan Malaysia sebagai lokasi pesta itu.

Penganjur dikatakan akan membawa 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak di seluruh dunia untuk memenuhi cita rasa pengunjung.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana