Mukhriz Dicabar NGO PMSP Buktikan Maksud Tweet “Masyuk”

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mencabar Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan tweet beliau yang mendakwa pemimpin kerajaan ada mengamalkan perkara salah laku berkaitan rasuah.

Presiden PMSP Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini berkata pemimpin pembangkang terutamanya dari Bersatu gemar buat kecoh dengan kenyataan yang kononnya hebat tapi bila dicabar pihak lain buat laporan mereka biasanya pengecut dan takut.

“Jangan berani tweet sahaja, mereka tahu media sosial Twitter ini seperti media sosial yang santai-santai dan mereka boleh cakap sesuka hati apa yang mereka mahu, tuduh itu itu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya cabar Mukhriz untuk bawa bukti tuduhan beliau dengan istilah ‘Masyuk’ itu ke pejabat SPRM dan buat laporan supaya dakwaan serius seperti itu boleh disiasat pihak berkuasa secepat mungkin,” kata Ramesh.

Beliau memetik tweet dari Mukhriz yang berbunyi begini : –

“Masa beli enam pesawat Airbus A380 dulu, masyuk. Jual pesawat-pesawat itu pun akan masyuk. Beli RM42 bilion pesawat Boering pula, masyuk lagi,” kata Mukhriz.

Ramesh berkata, jangan hanya bawa bukti berkaitan dakwaan pembelian pesawat berkenaan sahaja tapi bawa sekali bukti dakwaan salah guna kuasa yang dikaitakan dengan 1MDB supaya SPRM boleh siasat.

“Mereka persoal kejayaan lawatan PM Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) untuk buat pelaburan dan mereka rasa dengki kerana Presiden Donald Trump memberikan layanan VIP kepada Najib dan delegasi.

“Najib juga pada ucapan Hari Malaysia sudah sebut sekarang Malaysia sudah boleh jadi negara pengekpsort modal dan dana bukan lagi negara yang mengharapkan kemasukan dana dari pelabur asing dan ini adalah satu kemajuan yang amat besar untuk Malaysia,” kata Ramesh.

Beliau berkata pihak PMSP akan tunggu dan lihat tindakan Mukhriz membuat laporan dan bawa dokumen bukti ke SPRM.

Ramesh berkata Mukhriz perlu ingat hari ini adalah hari pertama bapanya, Pengerusi Bersatu, Mahathir Mohamad akan beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Forex untuk menceritakan apa yang dibuat oleh beliau sampai Bank Negara Malaysia (BNM) rugi RM31.074 bilion.

“Dalam kes Forex, wang negara sah hilang dan hari ini Mahathir hadir beri keterangan kepada RCI, jangan menipu kerana yang hilang duit rakyat, beritahu perkara yang benar berkaitan kerugian yang berlaku kerana rakyat ingin tahu,” kata Ramesh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana