LIM KIT SIANG SAKIT HATI BILA NAJIB DISAMBUT BAK SEORANG NEGARAWAN

Penasihat DAP, Lim Kit Siang bengang melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disambut sebagai wira selepas pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat (AS).

Dakwa beliau, kenyataan Najib kepada Presiden AS di White House baru-baru ini bahawa Malaysia berhasrat untuk membantu ekonomi AS tidak masuk akal.

Dakwanya lagi, ekonomi Malaysia sangat kecil berbanding dengan AS tetapi ada hati membantu ekonomi AS, maka Najib tidak sepatutnya disambut sebagai seorang wira di KLIA.

“Kepulangan Najib disambut sebagai kepulangan seorang wira di KLIA malam tadi selepas mengunjungi White House dan Presiden AS.

“Nak buat apa ‘sambutan kepulangan wira’ itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang seterusnya mendakwa UMNO dan PAS sudah kehilangan sokongan majoriti kaum Melayu.

Dakwa beliau, majoriti kaum Melayu kini menyokong DAP dan Pakatan Harapan untuk memerintah negara ini.

Dakwanya lagi, sebahagian besar kaum Melayu yang kini menyokong DAP adalah dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan.

– MYNEWSHUB.CC

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana