DAP Perak sakit hati Mat Taib sertai semula UMNO

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamed mendakwa penyertaan semula Tan Sri Muhammad Muhd.Taib dalam UMNO yang diumumkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad  melukai hati Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan kuncu-kuncunya.

Katanya dengan penyertaan semula  Muhd Taib atau Myke Tyson akan memberi impak positif kepada penyokong-penyokong Barisan Nasional (dan UMNO)  di Selangor.

Nga Kor Ming  mengadakan sidang media kelmarin dengan menyifatkan sidang media Perdana Menteri berhubung penyertaan semula Myke Tyson sebagai ` sidang media maharaja lawak’.

Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, perladangan, Pertanian, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan seterusnya menjelaskan bahawa itu adalah hak parti masing-masing sebab semua parti ada strategi tersendiri untuk  meraih sokongan.

``Jadi pada saya mudah sahaja apa juga Nga Kor Mingn  ataupun  kuncu-kuncu dia `complain’ kepada apa kita buat  bermaka apa yang kita buat menyakitkan dia.

``Bila Dr Zambry turun padang untuk angkut sampah dia complain.. dia balun sebab perbuatan Dr Zambry itu menyakitkan dia.. melukakan dia kerana dia tersentuh (touch)  jadi apa yang Perdana Menteri buat bila dia balun bermakna itu pun menyakitkan dia.

``Apa pasal nak menyampai hal orang.. you buat hal you aje lah... jadi bermakna kepada dia Tan Sri Muhd Taib masuk BN  tu luka.. luka kepada dia …dia kalau boleh jangan  buat apa apa senyap aje.

``Dia tahu Tan Sri  Muhammad  Muhd Taib walaupun sudah bersara tapi setidak-tidaknya  ada impak positif kepada penykong-penyokong BNn di Selangor sebab Tan Sri pernah jadi MB Selangor lama dan ada kawan-kawan  dia ketua-ketua  cawangan yang lama yang sekarang ini berdiam diri akan bingkas bangkit untuk menyokong BN sebab Muhd Taib ada ..itu yang meluka hati Nga Kor Ming,’’ katanya.

Saarani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Perak Kali ke-41 Tahun 2017 di Wisma Peladang PPN Perak di Greentown, Ipoh pada Selasa.

Beliau juga memberitahu pemberita bahawa satu sesi dialog Townhall Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang memfokuskan sektor perladangan dan pembekalan sumber asas makanan akan diadakan di seluruh negeri Perak dalam masa terdekat.

Menurut beliau, ia akan membabitkan pelbagai agensi yang berkaitan dan terbuka kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang dan usia.

Saarani berkata, perbincangan untuk mengadakan sesi dialog TN50 ini sudah berada di fasa terakhir dan beliau meminta untuk  Pertubuhan Peladang Negeri  (PPN) Perak dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menjadi tuan rumah bagi acara tersebut.

 ``Apabila kita bercakap tentang TN50, jarang sekali ada input-input yang menjurus kepada perihal pembekalan sumber asas makanan, padahal ia merupakan perkara yang penting pada masa hadapan.

``Hari ini Malaysia mempunyai lebih kurang 30 juta rakyat dan kita tidak tahu berapakah pula pertambahan jumlah pada tahun 2050.

``Apabila sebuah negara pertanian berubah kepada sebuah negara perindustrian, kita terpaksa mengimport barangan asas makanan dari luar.

``Jadi misi dan visi pada kita tahun itu nanti adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan import malah, kita juga nak jadikan negeri Perak ini sebagai negeri pembekal sumber makanan utama negara,” katanya.

Menurut Saarani  apabila rakyat dapat memperkasakan sektor perladangan dan penghasilan sumber makanan asas, ia bakal mengurangkan bebanan kos sara hidup mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana