BEKAS KETUA CABANG PUCHONG KELUAR PKR

PKR terus dihimpit kemelut dalaman parti ekoran masih ada pemimpin yang tidak berpuas dengan struktur kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

Bekas Ketua Cabang Puchong PKR S. Murali mengumumkan keluar parti ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Saya keluar drpd Parti Keadilan Rakyat (PKR) mulai hari ini (20 September 2017) ,kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti yang melantik bekas presiden Umno Tun Mahathir untuk jawatan Pengerusi Pakatan Harapan.

“Dan tidak memberi keutamaan kepada kaum India (Tamil) dalam jawatankuasa Pakatan Harapan,” katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebooknya.

Julai lalu, Dr Mahathir diumum sebagai Pengerusi PH dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Ketua Umum, jawatan yang sama disandang beliau dalam PKR.

Isteri Anwar, Wan Azizah pula dilantik sebagai presiden gabungan empat parti pembangkang itu.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PH.

Murali adalah antara individu yang lantang menyuarakan penyelewengan dalam parti.

Beliau sebelum ini pernah mendakwa ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar atas tuduhan menyeleweng dana untuk membantu mangsa banjir.

Murali mendakwa kakitangan pusat khidmat DUN Sri Andalas mengisi borang bantuan dengan pensil untuk menyeleweng bantuan berkenaan.

Namun tuduhan itu dinafikan Xavier yang turut membuat laporan polis ke atas tindakan dua ahli PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana