BANJIR DI PULAU PINANG , GUAN ENG MASIH HENDAK TEMBERANG

BANJIR dan tanah runtuh yang melanda Pulau Pinang tiga hari lepas adalah salah Ketua Menteri DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bukan sahaja manusia yang marah dengan Guan Eng, namun alam pun sudah mulai bosan dengan Guan Eng.

9 April 2012, Timbalan Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Mohideen Abdul Kader berkata, terdapat banyak keraguan dalam proses kelulusan kepada dua pemaju yang akan membangunkan projek di Lot 14345, Mukim 12, Persiaran Kelicap.

Projek itu menurut Mohideen telah dilaksanakan di kawasan yang dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Berisiko Bencana, yang mempunyai risiko nyata terhadap bencana alam atau kemerosotan tanah yang serius apabila diganggu oleh aktiviti pembangunan.

Bukan di Sungai Ara sahaja, lereng lereng bukit di Pulau Pinang habis ditarah dan dikorek oleh kontraktor yang rakus. Kenapa kontraktor itu rakus dan bersikap demikian, kerana mendapat kebenaran dan lesen besar dari “tokong besar” DAP di Pulau Pinang.

Lima tahun lepas lagi, SAM sudah bercakap tentang risiko bencana di Sungai Ara. Namun apa yang Guan Eng buat? Dia buat bodoh sahaja, tidak pedulikan langsung pandangan SAM dan projek diteruskan juga oleh DAP di lereng lereng bukit. Tanah dan lereng bukit digadai Guan Eng kepada kontraktor kontraktor besar.

Padahnya berlaku tiga hari lepas, seorang wanita turut lemas selepas dihanyutkan arus banjir di Jalan Paya Terubong. Banjir terburuk melanda Pulau Pinang. 600 orang dipindahkan dan banjir yang terburuk di Pulau Pinang.

Namun pada ketika rakyat bergelut dilanda musibah banjir, Guan Eng menyatakan kepada China Press pada 15 September, bahawa situasi banjir di Pulau Pinang tidak serius kerana tidak menjejaskan keadaan trafik di Pulau Pinang. Waktu rakyat sedang susah pun, Guan Eng masih hendak temberang lagi.

Temberang dan beri alasan tidak habis habis. Semalam, dengan muka tidak bersalah Guan Eng mengaku tidak maklum berkenaan kegagalan Kerajaan Negeri DAP, menyalurkan dana kira-kira RM22.09 juta yang sepatutnya digunakan untuk mengatasi masalah banjir di negeri berkenaan.

Macam mana boleh terlepas pandang tidak salur dana untuk atasi banjir? Dulu bukan main lagi Guan Eng menyalahkan kerajaan Pusat bila tidak beri dana untuk atasi banjir. Bila sudah ada wang untuk atasi banjir, Guan Eng sendiri tidak salurkan. Ini satu lagi temberang dan kelentong besar “tokong” Guan Eng.

Pada 15 Disember 2013, Guan Eng dengan angkuh membuat janji akan menyelesaikan masalah banjir di Pahang dalam tempoh sepenggal sahaja jika mereka menang Pilihan Raya Umum (PRU) dan menguasai Kerajaan Persekutuan. Janji sahaja, buatnya tidak pun. Banjir yang sama masih berlaku dan berulang ulang di Pulau Pinang. Ini bukti Guan Eng cakap temberang.

Pasal dana atasi banjir, Guan Eng berkata pihaknya tidak maklum berkenaan teguran yang dibuat Jawatankuasa Kira-Kira (PAC) negeri yang dimuatkan dalam Laporan Audit Pulau Pinang tahun lepas. Tidak maklum, tipulah. Itu hanya temberang Guan Eng sahaja.

Selepas keadaan jadi teruk begini, barulah Guan Eng kata akan teliti semula lampiran itu untuk kenalpasti teguran terbabit, sekaligus mencari penyelesaian.

“Saya tak berapa tahu tentang laporan ini (Laporan Audit Pulau Pinang 2016). Saya kena rujuk dengan JPS tetapi semua projek yang kita luluskan (projek tebatan banjir) berjalan di bawah seliaan JPS.

“JPS ialah agensi di bawah Kerajaan Pusat tetapi kita tetap jalinkan kerjasama. Bagaimanapun, saya kena semak semula sebab tak tau apa perkara sebenar yang timbul,” kata Guan Eng di depan wartawan, semalam.

Masih hendak temberang salahkan kerajaan pusat. Padahal yang salah sebenarnya adalah Guan Eng sendiri. Temberang tidak habis habis.

Guan Eng tidak ambil peduli tentang kerosakan kenderaan yang dihanyutkan air. Guan Eng tidak endah langsung berkenaan beberapa orang warga tua di sebuah rumah penjagaan yang terpaksa berbaring berendam dalam air banjir selama berjam-jam.

Guan Eng tidak peduli berkenaan kejadian tanah runtuh yang berlaku. Mangsa yang mati lemas akibat banjir pun tidak dilawati Guan Eng. Beruang Biru telah dedahkan sebelum ini tentang dosa dosa besar Guan Eng terhadap rakyat Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana