Azmin elak jawab dakwaan Pakatan tidak perjuang agenda Melayu

Mungkin tidak mahu dilihat pro DAP dan hilang undi Melayu di Gombak dan Bukit Antarabangsa... Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali mengelak untuk menjawab dakwaan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib Pakatan tidak memperjuangkan agenda Melayu.

Azmin yang menang kerusi Parlimen dan DUN di kawasan majoriti Melayu sekadar berkata tidak perlu untuk memberi komen atau berbincang mengenai mana-mana individu yang telah meninggalkan parti.

“Orang datang dan pergi… yang penting perjuangan itu yang mesti dipertahankan. Yang tinggal itu mesti kena komited dengan perjuangan dan saya yakin perjuangan ini mesti diteruskan,” kata Timbalan Presiden PKR itu.

Pada Ahad Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden UMNO mengumumkan bahawa Muhammad, 72, kembali semula ke pangkuan UMNO selepas lima tahun meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS pada 2013 dan menyertai PKR, dua tahun kemudian.

Mat Taib menyifatkan langkah membuat keputusan untuk keluar daripada PKR kerana tidak mahu melihat masa depan orang Melayu tergadai.

Ini kerana parti pembangkang itu tidak pernah membincangkan agenda kepentingan orang Melayu.

Bekas Menteri Besar Selangor itu mendakwa sepanjang berada dalam mesyuarat tertinggi PKR, pimpinan parti itu tidak membincangkan kepentingan orang Melayu, sebaliknya sibuk bergaduh antara satu sama lain antara kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli.

“Saya hanya hadir mesyuarat MT Keadilan beberapa kali. Mendukacitakan.

“Yang kuat bercakap dan bertekak R Sivarasa, Tian Chua, N Surendran, Dr Tan Kwee Kong, Wong Chen dan lain-lain Cina dan India. Yang Melayunya asyik berperang antara satu sama lain.

“Jatuh menjatuh macam tak ada kerja lain. Geng Azmin ‘berperang’ dengan geng Rafizi,” kata beliau dalam kenyataan media pertama sebaik mengumumkan tindakan keluar PKR dan kembali kepada UMNO semalam.

Mat Taib berkata, pemimpin bukan Melayu dalam PKR menyokong Mohamed Azmin kerana mereka banyak mendapat manfaat, bahkan mereka tidak pernah bercakap mengenai soal kepentingan orang Melayu.

“Yang bukan Melayu sokong Azmin. Azmin selesa dibuai oleh geng ini. Jual banyak tanah-tanah.

“Tak pernah sebut pun hal dan kepentingan Melayu,” katanya.

Menurut beliau, jika ini bentuk kepimpinan yang ditonjol pembangkang pasti kepentingan orang Melayu akan terabai dan menyifatkan keputusan untuk keluar sebelum terlambat.

“Kalau inilah rupa kerajaan yang nak memerintah negara tak tahu ke mana nanti kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Daripada terlambat biarlah saya balik kepada UMNO. Tentu arah perjuangan untuk orang Melayu,” ujarnya.

Muhammad sebelum ini menyertai PAS dan kemudiannya PKR.

Beliau juga banyak memainkan peranan dalam membantu pembangkang memenangi Selangor semasa pilihanraya umum lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana