AMK bidas tindakan DAP beri kesan buruk kepada PH...Tak Apa Lah Rakan Sekutu Kan

 Kelantangan segelintir pemimpin DAP mempertahankan ‘Better Beer Festival’ yang tidak diluluskan penganjurannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah satu tindakan yang tidak membawa keuntungan kepada Pakatan Harapan (PH).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Batu Ahmad Azri Zainal Nor mengecam tindakan rakan kompenen PH itu yang tidak menghiraukan sensiviti rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam, malah bersungguh-sungguh menyokong pesta arak tersebut sekaligus memberi impak negatif kepada PH.

“Tindakan beberapa orang pemimpin DAP yang terlalu beriya-iya mempertahankan Better Beer Festival adalah satu tindakan yang tidak bijak. Bahkan ianya turut memberi kesan kepada Pakatan Harapan,” katanya di laman Facebook miliknya, pada Rabu.

Malah, Ahmad Azri turut menyelar tindakan tersebut yang akan menyukarkan peluang PH memikat pengundi untuk menumbangkan BN pada PRU ke-14 nanti.

“Ini adalah satu percaturan politik yang cukup bodoh dan menyusahkan parti komponen lain dalam PH. Yang mendapat manfaat hanyalah UMNO & Barisan Nasional semata-mata,” tegasnya lagi.

Walaupun MCA menunjukkan tindakan yang sama seperti DAP, menurut Ahmad Azri, impaknya tidak memberi kesan buruk kepada BN.

“Walaupun terdapat pimpinan MCA yang dilihat berperangai sama, namun tindakan itu hanya terpalit kepada MCA semata-mata.

“Tidak bagi DAP. Kesannya bukan sahaja kepada parti itu, tetapi juga kepada Pakatan Harapan,” katanya lagi.

Better Beer Festival adalah acara tahunan untuk merasai produk pengeluar bir bebas.

Penganjuran masuk tahun keenam pada tahun ini dianjurkan oleh MyBeer (M) Sdn Bhd.

Pesta arak besar-besaran itu yang dijangka diadakan pada 6 dan 7 Oktober itu terpaksa dibatalkan setelah tidak mendapat permit daripada DBKL.

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Korporat DBKL, Khalid Zakaria berkata, pihaknya menolak permohonan permit MyBeer Malaysia untuk mengadakan aktiviti itu di Solaris Damansara yang diterima pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun keputusan DBKL ini mendapat kecaman hebat daripada Ahli Parlimen DAP Cheras Tan Kok Wai, Ahli Parlimen DAP Bukit Bintang Fong Kui Lun, Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok, dan Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng telah membuat kenyataan bersama mengkritik keputusan DBKL menolak permohonan penganjuran pesta arak “Better Beer Festival 2017” tersebut.

Mereka menyatakan keputusan DBKL itu adalah tunduk pada desakan politik serta tidak mempedulikan semangat muhibah pelbagai kaum di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana