Teori Domino Melanda Kesemua Pemimpin Pakatan Harapan

Satu ketika dahulu, heboh diperkatakan tentang teori domino yang melanda negara-negara Teluk yang lebih kita kenali sebagai Arab Spring. Satu per satu kerajaan di Utara Afrika dan negara Teluk jatuh ditangan kebangkitan rakyat yang mengakibatkan ketidak stabilan melanda di rantau berkenaan.

Namun, siapa sangka, teori domino kini melanda pakatan Harapan dengan satu persatu pemimpinnya kini berhadapan dengan detik kejatuhan yang mereka sendiri tidak sangka. Semuanya bermula apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan liwat kali kedua yang dilakukannya sehingga mengakibatkan dia dipenjarakan selama 5 tahun.

Sejak Anwar kembali semula ke penjara, partinya, PKR mengalami detik perpecahan yang teruk di mana di dalam PKR sendiri telah wujud dua kem iaitu kem yang diketuai oleh Datin Seri Wan Azizah yang setia dengan Anwar dan satu kem lagi diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali yang mahu perubahan besar dalam politik PKR.

Reda sejenak kes melibatkan Anwar, wujud pula kes membabitkan Ketua Cabang Angkatan Muda Keadilan, Datuk Adam Rosly yang diketahui sebagai tulang belakang AHli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang pro Wan Azizah. Ramai yang mendakwa, kes ini sengaja di tumbulkan oleh kem Azmin yang mahu melihat Zuraida dan kem Wan Azizah sebagai kem yang penuh bermasalah dan penuh unsur rasuah.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disabitkan kesalahan memfitnah National Feedlot Corporation yang membolehkan dia dipenjara dan terpaksa membayar RM 300 ribu kepada NFC. Itu baru PKR. Bagaimana pula dengan parti-parti yang lain yang menganggotai Pakatan Harapan?

Di dalam PPBM sendiri turut ditimpa musibah hasil daripada perlakuan mereka sendiri. Tanpa dirancang, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin terpalit dalam satu skandal yang membabitkan isteri orang. Semua ini terdedah apabila kes penceraian yang membabitkan Stanley Clement Augustin dan bekas isterinya Nika Gee difailkan di mahkamah.

Dalam satu pengakuan bersumpahnya, Stanley menyebut antara punca penceraiannya dengan Nika Gee adalah disebabkan hubungan sulit isterinya dengan Muhyiddin. Kes seperti ini tidak terhenti setakat itu sahaja apabila Ketua Sayap Srikandi PPBM, Anina Saadudin terpalit dengan skandal seks sehingga menyaksikan dia hilang terus dari arus politik semasa.

Tidak terhenti setakat itu, pergolakan dalaman PPBM juga menyaksikan barisan Exco Armada PPBM mempertikaikan kekayaan anak-anak Tun Dr Mahathir yang mereka sifatkan sebagai luar biasa. Malah, Mahathir sendiri terpaksa berhadapan dengan hakikat bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membentuk satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung kerugian pelaburan Forex yang melibatkan RM 44 bilion.

Mahathir juga terpaksa menerima hakikat, syarikat ketiga-tiga anaknya, Datuk Seri Mukhriz, Datuk Mokhzani dan Datuk Seri Mirzan diserbu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ingin menyiasat tentang pembayaran cukai syarikat-syarikat yang dikuasai oleh ketiga-tiga anak Mahathir.

Di pihak DAP pula, Lim Guan Eng kini berhadapan dengan dua pertuduhan salah guna kuasa yang melibatkan sebuah bangloo di Jalan Pinhorn dan penyelewengan status tanah di Taman Manggis. Malah, Lim Guan Eng sehingga kini masih berhadapan dengan pelbagai aduan dan pertuduhan hasil penyelewengan hartanah di Pulau Pinany yang dipercayai memakan angka belasan bilion Ringgit.

Nasib buruk DAP masih belum tamat disitu apabila parti berkenaan kini sedang berhadapan dengan kemungkinan akan diharamkan sekiranya mereka masih gagal melakukan pemilihan semula jawatankuasa tertinggi parti. Semuanya gara-gara penyelewengan DAP terhadap pemilihan pada tahun 2012 dan 2013 yang menyaksikan, jawatan yang disandang oleh semua pemimpin DAP ini didapati tidak sah oleh Pendaftar Pertubuhan.

Terkini, kebergantungan Dinasti Lim terhadap kekayaan yang ada kepada Phee Boon Poh akhirnya tiba kepenghujung. Boon Poh semalam ditahan oleh SPRM berhubung kegagalannya bertindak di atas aduan penduduk di Sungai Lembu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Itu hanya beberapa kes yang melibatkan PKR, PPBM dan DAP yang diketahui umum sehingga hari ini. Mungkin masih ada lagi kes-kes yang belum dibongkarkan dan hanya menunggu masa untuk di dedahkan kepada umum. Hakikat yang harus diterima oleh semua pemimpin Pakatan Harapan adalah, mereka sendiri dijatuhkan hasil daripada kesilapan mereka dan impian mereka menumbangkan Barisan Nasional dan UMNO pada PRU ke 14, mungkin akan jadi mimpi disiang hari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana