TENTUKAN KERUSI SENDIRI DAHULU SEBELUM CAKAP TENTANG PAS – PEMUDA PAS KELANTAN

Pemuda PAS Kelantan meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu menentukan kerusi yang akan ditandingi partinya dalam PRU14 terlebih dahulu sebelum mendakwa parti lamanya akan kehilangan sokongan.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata demikian menyanggah dakwaan Mohamad, atau dikenali Mat Sabu bahawa ada ahli-ahli PAS yang tidak akan menyokong parti itu, sebaliknya akan memberi undi kepada parti pembangkang yang lain.

“Beliau (Mat Sabu) jaga parti sendiri terlebih dahulu dan pastikan ada kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihan raya akan datang.

“Bimbang nanti mereka tak diberikan sebarang kerusi hasil dari rundingan bersama parti-parti besar dalam pembangkang,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Mat Sabu pada hari ini mendakwa PAS akan hilang undi di kalangan ahli-ahlinya apabila mereka beralih sokongan kepada parti pembangkang yang lain.

Bekas naib presiden PAS itu juga berkata parti yang dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu semakin tidak tentu arah, selepas menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Umno BN dalam isu-isu rakyat.

Fadhli dalam pada itu menyifatkan kenyataan Mat Sabu tidak memberi kesan kepada ahli-ahli, termasuk kepimpinan PAS di Kelantan.

“Kami tidak melihat kenyataan itu sebagai ancaman, apatah lagi ia dikeluarkan oleh orang yang ditolak oleh ahli-ahli PAS dalam pemilihan.
“Sangat tidak munasabah untuk beliau beri pandangan bagi pihak PAS,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana