Syed Saddiq perlu bertanggungjawab... - Pemuda UMNO

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta bertanggungjawab berhubung insiden kekecohan semasa forum 'Nothing to Hide 2.0, anjuran sayap Pemuda parti itu di Shah Alam semalam hingga ada yang cedera.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata Syed Saddiq seharusnya dipertanggungjawabkan kerana gagal menjamin keselamatan mereka yang menghadiri forum itu serta membendung daripada berlaku keganasan sedemikian.

"Ketua Armada (Syed Saddiq) seharusnya telah menjangka kejadian-kejadian seperti ini dan menyediakan aspek keselamatan yang tinggi sepanjang forum ini berlangsung," katanya.

Kekecohan tercetus kira-kira 5.10 petang apabila peserta forum tidak berpuas hati dengan jawapan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peristiwa Memali, dan secara tiba-tiba ada individu membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar dan membalingnya ke arah Dr Mahathir yang berada di tengah pentas.

Keadaan itu telah menimbulkan rasa panik sehingga peserta program terpaksa berlari keluar dewan untuk menyelamatkan diri menyebabkan beberapa individu termasuk seorang wartawan dipercayai cedera ringan akibat jatuh ketika menyelamatkan diri selain berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri ketika berlaku kekecohan.

Sehingga ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat mengesahkan tiga remaja lelaki berusia 17 hingga 19 ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu.

Azwan yang mewakili Pemuda UMNO juga mengutuk sekeras-kerasnya insiden berkenaan dan menyifatkannya sebagai peringatan kepada PPBM bahawa tidak semua anggota parti itu suka kepada pemimpin mereka dan ada kemungkinan ia dirancang anggota PPBM semata-mata untuk memburuk-burukkan nama UMNO dengan menuduh parti itu terlibat menimbulkan kekecohan itu.

Beliau juga menafikan Pemuda UMNO terlibat dalam insiden berkenaan dan sebaliknya mahu pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya serta menahan pihak yang bertanggungjawab.

"Pemuda (UMNO) tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain, dan kepada pembangkang yang menuduh UMNO terlibat, biar polis melakukan siasatan terlebih dahulu, bukan buat tuduhan melulu sebelum polis selesai menyiasat," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana