Siasatan rasuah: Hipokrasi pemimpin DAP terserlah

Cakap tak serupa bikin... itulah sikap yang ditunjukkan pemimpin DAP Pulau Pinang yang walaupun disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih enggan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.

Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang, Phee Boon Poh mengulangi sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang turut ditidak melepaskan jawatan walaupun sudah didakwa di mahkamah kes rasuah.

Guan Eng dibicarakan di mahkamah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran bersama seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon.

Ini berbeza dengan sikap pemimpin UMNO yang berdepan dakwaan SPRM, sejarah menunjukkan dari dulu lagi, apabila didakwa oleh pihak berkuasa pemimpin UMNO mengambil melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Boon Poh yang dibebaskan daripada remen dengan perintah mahkamah pada Isnin memberitahu pemberita bahawa  bertegas tidak akan melepaskan jawatannya meskipun sedang disiasat SPRM berkaitan operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri itu berkata, beliau akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu.

“Penahanan ini tidak akan mematahkan semangat saya menjadi pemimpin di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Boon Poh bersama pengurus serta pengarah kilang mem­proses habuk kayu tersebut masing-masing berusia 70 dan 37 tahun dibebaskan daripada reman selama lima hari selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati penahanan mereka bertentangan dengan Seksyen 117(5) Kanun Prosedur Jenayah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana