Penganjur Nothing To Hide 2.0 ‘tambah minyak dalam api’

Penganjur program yang berlatar belakang politik seperti ‘Nothing To Hide 2.0’ sepatutnya sedar dengan risiko perkara tidak diingini berlaku.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata ianya bakal membawa kesan buruk dan sudah pun terjadi.

“Program itu bersifat politik, dan terbuka kepada sesiapa sahaja untuk bertanya kepada Tun M dengan apa juga soalan sekalipun.

“Sebagai orang politik, penganjur sepatutnya sedia maklum dengan risiko-risiko yang berlaku, dan bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk meredakan provokasi, bukannya menambah minyak ke dalam api,” katanya kepada BNBBC.my portal, Selasa.

Tambah Ismail, kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkenaan insiden tersebut juga merupakan tuduhan yang melulu.

Menurut Ismail (foto), kekecohan yang berlaku semalam, tidak mengejutkan berikutan beberapa siri kekecohan yang dianjurkan oleh kumpulan pembangkang selama ini sejak 1990-an bercanggah dengan UMNO.

“Itu sebenarnya strategi mereka supaya menampakkan salah itu adalah salah UMNO, daripada dulu lagi itulah sikap mereka.

“Kita harap rakyat dapat menilai dengan baik tentang apa yang berlaku dalam insiden tersebut.jangan tahu nak salahkan UMNO jika terang-terang masalah tersebut berpunca daripada kelemahan penganjur itu sendiri,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana