PAS Kedah nafi mahu berkerjasama dengan Pakatan...Jangan PErcaya Pada PH...Senjata MAkan Tuan Nanti

PAS Kedah tiada hubungan politik dengan mana-mana parti lain selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS, kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurazi.

Tambahnya, Pakatan Harapan termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah perlu ada keberanian untuk menyatakan status kekuatan dan kedudukan mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Menjadi satu jenaka apabila terdapat satu tulisan dalam portal maya menyatakan bahawa PAS Kedah menimbang kerjasama dengan Pakatan sedangkan sosok Pakatan itu masih dibelenggu dengan pelbagai persoalan seperti persediaan jentera, jumlah cawangan parti komponen, kekuatan akar umbi dan status pendaftarannya yang masih kabur.

“Kenyataan beberapa pemimpin parti komponennya yang sering bercanggah antara satu sama lain, menambahkan lagi kekalutan,” katanya.

Beliau mengulas tentang laporan sebuah portal bahawa pimpinan PAS di tiga negeri termasuk Kedah dikatakan menimbang untuk mendapatkan autonomi bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dipetik berkata walaupun PAS bukan komponen Pakatan, PKR masih sudi membincangkan pilihan untuk mengelakkan pertarungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, tiada perbincangan rasmi antara kedua-dua parti ketika ini, kata Azmin.

Ditanya jika ada tarikh akhir diberikan kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka sedia bekerjasama dengan PKR, Azmin berkata beliau ada berbincang tentang perkara itu dengan parti komponen PH dan mengambil keputusan untuk tidak memberikan tarikh akhir.

Ini kerana tiada perbincangan rasmi sedang berlangsung dengan PAS sekarang ini, katanya.

“Kita perlu tengok sama ada PAS mahu bekerjasama dengan PH demi kepentingan negara. Kami belum tahu sama ada mereka mahu.

“Jadi tumpuan kami, antara lain, ialah mengukuhkan jentera pilihan raya dan struktur PH.

“Kemudian, jika PAS kata mereka sedia bercakap dengan PKR, kami sukacita duduk berbincang cara terbaik melakukannya.”

PAS, pada Mei tahun ini, secara rasmi menamatkan semua hubungan dan kerjasama dengan PKR, apabila majlis syura parti itu memutuskan langkah itu perlu untuk pertahankan agenda Islam parti itu.

Majlis itu menuduh PKR melanggar syarat kerjasama dengan PAS, apabila gagal menyokong agenda Islam parti itu, dan bekerjasama melawan PAS pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun menolak alasan PAS, dengan berkata partinya pernah cuba memelihara hubungan dengan parti Islam itu.

Pada Sabtu, Azmin dan Wan Azizah melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Azmin berkata kunjungan itu kunjungan sosial selepas Hadi menjalani pembedahan beberapa bulan lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana