PAS desak tubuh RCI siasat peristiwa berdarah Memali…Sokong 100% Madey Nak Tunjuk HERO Tamil Kononnya

Kecoh isu soalan pasal Memali di program Nothing To Hide 2 telah membuka luka lama dikalangan orang PAS terhadap peristiwa berdarah di kampong di Baling,Kedah 32 tahun lampau yang akibatkan 18 orang terkorban.

Semalam Selasa Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dakwa jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad yakni Perdana menteri waktu itu di program berkenaan adalah punca kekecohan yang timbul.

Hari ini,Rabu timbalan beliau,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dalam satu kenyataan desak kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) siasat peristiwa Memali.

Beliau antara lain mempersoalkan hujah Dr Mahathir mempertahankan tindakan kerajaan pimpinannya waktu itu dan samaada kebenaran kini tidak penting ( bagi puak pembangkang lain) kerana memerlukan bekas Perdana Menteri itu untuk pilihanraya umum ke 14.

Dalam peristiwa berdarah pada 19 November 1985 itu polis telah gempur kawasan perkampongan di Memali untuk menangkap seorang guru agama Allahyarham Ibrahim Libya.

Beliau dilindungi beratus pengikut dan penyokongnya di situ yang bersenjata parang,kapak dan buluh runcing.

Seramai 14 dari mereka termasuk Ibrahim terbunuh dalam peristiwa itu manakala di pihak polis  empat orang.

Sejak itu bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri waktu itu dikecam oleh orang PAS atas dakwaan beliau yang beri arahan kepada polis untuk gempur.

Sebaliknya dalam satu forum di Kelantan tiga tahun lalu Musa dakwa Dr Mahathir berada di dalam negeri waktu itu dan bukan di Beijing seperti didakwa.

Dakwanya beliau telah meminta Dr Mahathir tangguh lawatannya ke China dengan beri tiga alasan ia bukan saja libatkan orang Melayu dan Islam tetapi berlaku di Kedah negeri asalnya.

Juga dengan menangguhkan lawatan ke China, Dr Mahathir boleh menunjukkan bahawa beliau ambil berat dengan insiden yang berlaku dalam negara.

"Isu utamanya dalam hal ini adalah samaada pada hari insiden saya merupakan Pemangku Perdana Menteri atau tidak kerana Tun Dr Mahathir masih dalam negara. Berdasarkan selidikan saya dari pelbagai sumber, ianya jelas bahawa Tun Dr Mahathir masih dalam negara dan saya bukan Pemangku Perdana Menteri sewaktu hari insiden Memali,”kata Musa di forum itu.

Tuan Ibrahim kata sebuah RCI akan memberikan keadilan kepada semua pihak dan membersihkan nama-nama mereka yang tidak bersalah.

Beliau mendakwa Kertas Putih mengenai peristiwa itu yang dikemukakan kerajaan di bawah pentadbiran Dr Mahathir sebagai “pembohongan”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana