Mungkinkah PAS Bakal Anjurkan Nothing To Hide 3.0 Berhubung Isu Memali?

Selama 32 tahun insiden Memali terbiar tanpa sebarang pembelaan sewajarnya, Ahad lalu, isu ini kembali dibuka oleh salah seorang Exco Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Taufik Abas yang ingin mengetahui dari mulut Mahathir sendiri tentang isu berkenaan.

Belumpun sempat soalan berkenaan dijawab oleh Tun Dr Mahathir, secara tiba-tiba sebuah kerusi dilayangkan kepada Mohamad Taufiq dan nyaris mengenainya. Persoalannya, apa yang ingin disembunyikan oleh Mahathir dan para penyokongnya berhubung isu berkenaan? Adakah Mahathir akan menjawab, isu berkenaan adalah isu lama dan tidak perlu diungkit semula?

Hari ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka meminta mana-mana pihak yang terlibat dalam insiden berdarah berkenaan bertaubat dan mengakui segala kesalahan yang mereka lakukan serta meminta maaf kepada waris-waris mangsa insiden Mememali berkenaan. Dalam hal ini, adakah Mahathir berani tampil untuk memohon maaf berhubung isu ini?

Melihat kepada reaksi Presiden PAS ini, mungkinkah ada mana-mana pihak di dalam PAS mahu menganjurkan majlis Nothing to Hide 3.0 berhubung isu Memali bagi menjawab segala persoalan yang sehingga kini masih menjadi misteri? Adakah ianya akan dianjurkan demi membela nasib waris-waris mangsa Memali yang masih tertanya-tanya, bilakan keadilan buat mereka akan ditegakkan?

Sejak sekian lama, PAS adalah salah sebuah parti yang begitu beriya-ia memperjuangkan nasib waris-waris mangsa insiden Memali ini. Jika difikirkan secara logiknya, inilah peluang terbaik PAS untuk mengorek sehabis-habisnya rahsia yang disimpan kemas oleh Mahathir yang secara umumnya meletakkan bebanan kes ini di bahu bekas timbalannya, Tun Musa Hitam yang juga Menteri Dalam Negeri pada ketika itu.

Insiden ini bukan satu insiden yang begitu mudah dilupakan begitu sahaja seperti mana yang dimahukan Mahathir. Insiden ini melibatkan 14 kematian dengan puluhan yang lain cedera. Jika Tun Musa Hitam sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sengsara dijadikan ‘kambing hitam’ oleh Mahathir bagi menghalalkan operasi berkenaan, kini tiba pula giliran Mahathir menjawab semua persoalan.

Untuk membiarkan mana-mana pihak termasuk Armada PPBM mengadakan semula majlis Nothing to Hide bagi menjelaskan isu ini, rasanya ia tidak begitu sesuai. Justeru, adakah PAS sanggup menganjurkan majlis ini bagi membolehkan segala persoalan mengenai Memali ini dijawab sendiri oleh Mahathir?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana