Malaysia Bakal Internet Terpantas!!!!! Projek internet terpantas dunia bernilai RM26bilion dimeterai

Xiddig Cellular Communications Sdn Bhd yang kini dalam proses melaksanakan Projek Gerbang Internet Antarabangsa Enchanced Malaysia (EM-IIG) atau EMIIG150 Terabait bernilai RM26bilion, dijangka selesai menjelang tahun 2022.

Projek dengan kerjasama Interconnection Commercial and Contracting Establishment (ICCE) ini bakal menjadi projek hubungan dasar laut terbesar dunia dengan kelajuan Internet terpantas.

Pengerusi Eksekutif Xiddig Datuk Seri Abdul Rashid Abdul Rahim berkata kerjasama ini akan menggunakan laluan Hong Kong ke Malaysia yang melibatkan kos sebanyak USD1 billion sebelum ke India, Sri Lanka seterusnya ke Jeddah.

Kesemua kos ini dalam USD5 billion.

"Dari segi pembiayaan projek pula, kami akan menggunakan pembiayaan tersendiri dan berurusan dengan Ketua Pegawai Eksekutif ICCE Dr Awad Othman Alassaf.

"Bagi Malaysia sahaja, Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) di bawah presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah. Di Arab Saudi, kita akan berurusan dengan syarikat di sana," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MOU) antara kedua-dua hari ini.

Di bawah MOU ini, Xiddig akan menjadi kontraktor dan rakan niaga untuk memasangkan 6,000KM kabel fiber optik dari Kuala Lumpur ke Jeddah.

Kabel dasar laut itu berpaut terus kepada kabel dasar laut antarabangsa sekaligus tidak menjejaskan keselamatan dan integriti perairan negara-negara yang dilalui.

Ia juga merupakan kabel fiber-optik dasar laut terbesar dunia merentasi banyak sempadan antarabangsa bermula dari Malaysia ke Tanah Suci Makkah dan Madinah menerusi India.

Ia dijangka dapat meningkatkan tahap capaian Internet yang lebih berkesan dan mapan kepada rakyat dan pengguna tempatan malahan kepada pelancong yang berkunjung ke Arab Saudi.

Majlis MOU ini disaksikan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan dan Naib Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan Datuk Mutalib Abdul Rahim selaku pemerhati projek.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana