Isa Samad letak jawatan Pengerusi FIC.....Bagus Lah Bukan Macam Pemimpinan PH

Felda Investment Corp’s (FIC), pada Isnin mengumumkan perletakan jawatan pengerusi bukan eksekutif Tan Sri Mohd Isa Samad.

FIC memberitahu Bursa Malaysia mengenai peletakan jawatan Isa, 67, selain pengarah bukan eksekutif Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, 54, dan Datuk Hanapi Suhada, 60, ekoran 'perubahan penama dari pemegang saham utama.

'Calon baru untuk mengisi jawatan itu adalah pengarahnya, Datuk Muzzammil Mohd Nor, 45; Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, 58;  dan Hussein Ismail, 60.

Muzzammil merupakan Timbalan Pengarah Besar (Pengurusan) Felda, Syed Mohammed memegang jawatan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd dan Hussein juga merupakan Pengarah Iris Corp.

Namun pengumuman itu tidak memaklumkan mengenai pelantikan pengerusi baru.

FIC merupakan satu cabang pelaburan syarikat milik penuh Felda yang baru-baru ini berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembelian dua hotel di London dan Kuching.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana