BILA ORANG TERTUTUP CUBA JADI TERBUKA, MEMANG KECOHLAH JADINYA

PENULIS tak langsung rasa terperanjat dengan  kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam hari ini, malah penulis terkejut kalau program itu tidak bertukar kecoh.  Mahathir buat musuh dengan ramai orang sepanjang 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, bukan sikit manusia yang berbuku dengan banyak keputusan yang dia buat sepanjang berkuasa, apa yang nak dihairankan kalau kekecohan melanda dalam majlis yang dihadirinya?

Justeru bila soal Memali ini yang membabitkan banyak kematian dijawab sambil lewa oleh Mahathir, tak hairan ia menjadi kemuncak kepada kemarahan orang.  Ramai mati kot dalam kejadian itu tapi Mahathir bercakap pasal SOP dan sebagainya pulak, manalah orang tak angin.

Malah penulis difahamkan, bukan soalan itu saja, banyak soalan panas dalam itu Mahathir jawab sambil lewa.  Jelas motif Mahathir hanya nak bercakap soal 1MDB dan bagaimana cara nak memburukkan Datuk Sri Najib Tun Razak semata-mata, soalan-soalan yang menyentuh kelemahannya, Mahathir tidak bersungguh nak jawab pun, hanya sambil lewa.

Cakap pasal Najib, penulis rasa bersyukur yang amat sangat kerana Datuk Sri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam program ini atau keadaan mungkin menjadi lebih teruk.  Jelas Allah swt melindungi keselamatan Perdana Menteri dengan tidak menghadiri majlis seperti ini.  Kebimbangan pihak polis mengenai isu keselamatan dalam program Nothing To Hide 1.0 di PWTC dulu,  terbukti memang berasas dengan kejadian hari ini.

Pakatan yang mengejek-ngejek alasan polis pada ketika itu, boleh berasa malu kepada diri sendiri sekarang. Soal keselamatan memang makanan polis, siapa Pakatan nak menunjuk ajar polis pasal itu pulak?

Apa pun, tahniah juga kepada pihak polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan Mahathir.  Tindakan pantas 2 anggota polis yang bertindak sebagai pengawal peribadi, melindungi Mahathir dari objek-objek yang dilontar orang tak berpuas hati dibawah sebaik kekecohan bermula, memang terpuji.  Melainkan demonstrasi, jarang aksi seumpama ini dapat dilihat.

Kerajaan dan pihak polis ternyata mengambil berat keselamatan Mahathir walaupun kini dia adalah Top Dog pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana