Top Dog: Tun M sedar dirinya dibayangi kehebatan parti dalam PH...Kalah PH Tahulah Nasib Kau Madey

Untuk mengelakkan daripada sentiasa dibayangi kehebatan parti komponen dalam PH terutamanya DAP, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad telah melabelkan dirinya sebagai ‘Top Dog’

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Dr Mahathir sebenarnya menyedari bahawa kedudukan partinya ibarat melukut di tepi gantang dalam PH berikutan hanya memiliki satu kerusi Parlimen berbanding dengan DAP, PKR dan PAN.

“Dr Mahathir terpaksa mengangkat diri beliau sebagai Top Dog supaya boleh mendominasi PH.

“Kita semua sudah tahu PPBM adalah parti yang paling lemah dalam PH, hanya mempunyai 1 kerusi sahaja, walaupun beliau dilantik menjadi Pengerusi PH tapi kedudukannya tidak kukuh disebabkan PPBM.

“Itu sebab beliau kata dirinya top dog supaya dapat melenyapkan daripada dibayangi oleh kehebatan pemimpin lain dari parti kompenen PH,” jelas Shahidan.

Kenyataan Shahidan itu ada kebenarannya apabila dilihat bilangan kerusi parlimen yang dikuasai oleh parti dalam PH.

Pada PRU ke-13 lalu DAP telah memenangi 37 kerusi parlimen- PKR 29, PAN 8 dan PPBM 1.

“Untuk membolehkan sesuatu parti itu menjadi ketua, partinya mestilah memiliki kerusi parlimen yang banyak seperti UMNO dalam Barisan Nasional.

“Ini tidak, nampak sangat cacarmarba dalam PH, apabila PPBM dan PKR dilihat lebih dominan dalam PH sedangkan DAP lebih layak.

“Kalau Dr Mahathir nak sangat jadi ketua suruh semua MP PKR dan PAN keluar parti dan masuk PPBM. Barulah dia layak jadi Pengerusi,” sindir Shahidan.

Shahidan berkata demikian kepada media ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Bukit Jalil, pada Rabu.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri KBS Khairy Jamaluddin.

Majlis yang dihoskan oleh Pengulas Sukan Hafizal Ahmad dan Fara Fauzana tersebut telah dimeriahkan dengam kehadiran kira-kira 5,000 hadirin yang terdiri daripada atlet dan ahli sukan negara.

Semalam, Dr. Mahathir menyifatkan kedudukannya di dalam Pakatan Harapan (PH) adalah sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun beliau yang menyatakan ia merupakan satu perkara tidak rasmi.

“Saya salah seorang pemimpin dalam Harapan. Sebagai pengerusi saya akan pengerusikan majlis presiden.

“Dalam hirarki Harapan, sayalah top dog (pemimpin dominan),” kata Dr Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana