Siasatan Bakal Bermula, Siap Sedialah Mahathir

Barisan para anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) skandal mata wang asing (FOREX) kini sudah diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri selepas mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Julai dan kini hanya menunggu siasatan yang paling mendapat tumpuan ini dijalankan.

Badan RCI ini ditubuhkan untuk menyiasat punca sebenar kerugian kira-kira RM30 bilion akibat skandal itu yang berlaku sekitar tahun 90-an. Ia menjadi tumpuan kerana ketika itu Perdana Menteri ialah Tun Mahathir Mohamad yang kini begitu lantang mengkritik dan menuduh kerajaan dengan bermacam-macam isu.

Lebih mendapat tumpuan, mengapa Mahathir pada ketika itu juga sebagai seorang Menteri Kewangan langsung tidak menubuhkan satu RCI untuk menyiasat punca kerugian tetapi terus membiarkan ia berlalu begitu sahaja termasuk ketika berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1998.

Ada kemungkinan kegawatan yang berlaku berpunca dari kerugian skandal Forex sehingga Mahathir kononnya melakukan tindakan yang bijaksana pada 1998 dengan menambat mata wang Ringgit pada kadar RM3.80 pada AS$1 Dolar Amerika pada masa itu.

Mahathir pada masa itu menuduh pedagang mata wang George Soros cuba memanipulasi mata wang Ringgit pada ketika itu sehingga menyebabkan ia jatuh teruk di pasaran Forex.

Orang ramai memang menunggu hasil siasatan ini kerana mahu mengetahui punca dan siapa dalang sebenar di sebalik kerugian besar ini.

Anggota RCI berkenaan ialah Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan danPengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon.

Baki anggota RCI ialah Anggota Institut Akautan Malaysia, Pushpanathan S A Kanagarayar dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.

Barisan anggota RCI mendapat perkenan Tuanku dan siasatan dibuat mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) berkuatkuasa mulai 15 Julai lepas.

RCI akan menyiasat merangkumi tugasan seperti berikut :-

Menentukan sama ada penglibatan Bank Negara dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian itu bertentangan dengan Central Bank Ordinance 1958 atau mana-mana undang-undang yang berkaitan atau tidak.

Menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian Bank Negara dalam urus niaga mata wang asing itu dan memberi kenyataan yang mengelirukan (misleading) kepada jemaah menteri, parlimen dan rakyat;

Mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan/atau tidak langsung jika didapati mereka menyebabkan kerugian Bank Negara Malaysia serta menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berhubung kerugian itu
Mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Bersiap sedialah yang paling utama ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir untuk disiasat kerana beliau nampaknya sudah digambarkan sebagai penyebab utama BNM kehilangan sebgitu banyak wang. –  pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana