Seronok sekejab dengar 'fake news' ahli UMNO sertai PPBM

Seronok beberapa jam sahaja tetapi akhir kantoi apabila UMNO bahagian Beruas di Perak memberi penjelasan mengenai isu 56 orang yang konon bekas ahli UMNO keluar beramai-ramai untuk menyertai  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Untuk rekod PBBM ialah satu lagi parti serpihan UMNO yang ditubuhkkan oleh bekas para pemimpin UMNO yang diketuai mantan Perdana Menteri Tun Mahathir kini bergabung dalam Pakatan Harapan.

Bagi kebanyakkkan media (bukan media arus perdana) yang menyiarkan berita berkenaan bermula dengan jamuan hari raya anjuran pembankang serta disusuli dengan pengumuman meninggalkan UMNO.

Isu ini menarik perhatian UMNO bahagian yang berpendapat berita berkenaan “tidak berasas...“

Serentak dengan itu mereka mencabar PPBM menamakan 56 orang bekas ahli UMNO yang konon sudah hilang kepercayaan dan meninggalkan UMNO itu.

Untuk rekod, Beruas pernah jadi kubu BN tetapi dalam PRU ke12 dan 13 lalu,kawasan itu menjadi milik DAP. Kini ahli parlimennya ialah Ngeh Khoo Ham.

Datuk Abd Manaf Hashim, ADUN Pengkalan Baru yang juga Ketua UMNO bahagian Beruas menjelaskan individu yang didakwa menyertai UMNO cawangan Kampung Che Putih itu, tidak pernah mendaftar sebagai ahli.

“Tidak ada rekod namanya sebagai ahli parti.”

Katanya Razali Hasan yang didakwa memegang jawatan Setiausaha UMNO cawangan  juga tidak pernah menjadi ahli UMNO. “Kalau dia bukan ahli parti macam mana dia boleh dilantik menjadi setiausaha”.

“Jadi kita cabar mereka (PPBM) umumkan semua nama yang dikatakan bertindak keluar UMNO itu, jika tidak, saya anggap mereka hanya berbohong,” katanya.

Beliau  mengulas dakwaan 56 orang ahli UMNO mewakili cawangan Kampung Che Putih bertindak keluar parti dan menyertai PPBM.

Ketua kumpulan 56 itu Razali, turut mendakwa sebagai bekas setiausaha cawangan berkenaan.

 Abd Manaf membidas PPBM dengan  berkata, parti pembangkang itu tidak perlu melakukan taktik seumpama itu semata-mata bagi tujuan menarik perhatian pengundi di kawasan Beruas.

Katanya pengundi di Beruas akan menolak PPBN pada PRU ke14 “ jika dari awal lagi dah mula berbohong.”

Serangan serta manipulasi dicetuskan PPBM sudah dibayangkan Menteri Besar beberapa hari sebelum itu ketika beliau menghadiri satu jamuan hari raya  sempena Majlis Rumah Terbuka Parlimen Lumut di Dewan EMV di Manjong.

Beliau mendakwa parti itu  Pakatan Harapan kini tampil  menaburkan pelbagai janji-janji manis jika menang PRU ke-14. Tetapi beliau percaya mereka  tidak mempunyai matlamat asas.

Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir membidas mereka yang sering memutarbelit fakta.

“Rakyat boleh melihat sendiri bagaimana mereka hendak membuat sebuah pakatan; dengan susunan dan struktur organisasi mereka yang terdiri daripada mantan-mantan tokoh di Malaysia.

“Ada tiga struktur teratas dan tiga struktur timbalan, yang terdiri daripada pengerusi, presiden dan ketua umum, (jika begini) bagaimana mereka hendak membentuk (satu) pakatan ini?

“Bagaimanakah mereka mendefinisikan kuasa siapa lebih besar; siapa (yang menjadi) kuasa pemutus kerana walaupun mereka mengatakan ianya berdasarkan konsensus namun perebutan kuasa pasti akan berlaku,” katanya.

Dalam konteks ini, beliau berkata BN tidak bimbang taburan  pelbagai janji tidak masuk akal pembangkang semata-mata meraih sokongan rakyat. Dan semua jenis kenyataan cacamarba dan auta itu hanya sebagai pelan taktikal mereka dalam memperdayakan rakyat.

“BN tidak akan gentar. Kita telah melalui sepak terajang dan naik turun politik. Tindakan mereka ini bukan baharu, kononnya nak buat itu dan ini. Rakyat janganlah terpengaruh, jangan leka dan jangan terpedaya.

“Katakan mereka memenangi PRU-14 kelak; selepas itu mereka akan kata GST telah dilaksanakan oleh BN sekian lama dan sebarang pemansuhan akan mengganggu struktur kewangan negara, (itu semua akan jadi) alasan.

“Mereka kata kalau, ‘kalau’ mereka menang…maksudnya mereka berjanji dahulu kepada rakyat untuk memenangi PRU, sekiranya janji mereka tidak ditepati selepas itu, maka pastinya banyak alasan yang akan muncul,” katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana