PENDATANG ASING SEMBUNYI BAWAH LONGGOKAN SAMPAH ELAK DICEKUP

Sanggup bersembunyi di bawah longgokan sampah di dalam bilik berselerak selain menyorok di belakang tilam yang disandarkan tepi dinding.

Itu antara taktik digunakan warga asing bagi melepaskan diri daripada ditahan penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur dalam operasi khas di Pangsapuri Desa Temuan, di sini, jam 1 pagi, semalam.

Dalam operasi itu, seorang lelaki tempatan berusia 40-an enggan bekerjasama ketika penguat kuasa JIM mahu membuat pemeriksaan di rumahnya.

Lelaki itu bagaimanapun membuka pintu dan meminta tidak diganggu kerana mahu tidur selain memberi alasan rumahnya tiada lampu kerana bekalan elektrik dipotong.

Curiga dengan penjelasan lelaki itu, penguat kuasa JIM menyerbu ke dalam rumah dan menemui empat warga asing berada di dalam rumah terbabit.

Semua warga asing yang ditahan itu membabitkan seorang wanita bersama dua anak lelaki serta anak perempuannya berusia tiga hingga lima tahun.

Wanita terbabit mendakwa berada di negara ini kira-kira enam tahun dan ketiga-tiga anaknya lahir di Malaysia.

Ketika ini suaminya, pulang ke Indonesia dan dia tinggal bersama anaknya di bilik sewa di rumah itu.

Walaupun pelbagai alasan diberikan, seramai 29 warga asing ditahan kerana ketiadaan dokumen dan tinggal lebih masa.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (Unit Risikan dan Operasi) Kuala Lumpur, Mohd Abdul Fared Abdul Rahman berkata, operasi dijalankan berdasarkan risikan selepas menerima aduan daripada orang ramai berhubung kebanjiran warga asing di kawasan itu.

Menurutnya, 17 lelaki, sembilan wanita dan tiga kanak-kanak membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Nepal ditahan.

Beliau berkata, operasi turut membabitkan 65 pegawai dan anggota JIM Kuala Lumpur serta masing-masing lima pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan lima Angkatan Pertahanan Awam (APM). – Hmetro

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana