Parti Pembangkang Panik Hadapi PRU-14....Kenapa tidak Paniknya.

BACHOK: Pengumuman struktur baharu kepemimpinan parti pembangkang dilihat sebagai tindakan panik pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata parti pembangkang terdesak mengeluarkan senarai baharu bagi memulihkan imej mereka kerana bimbang jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun, katanya, gabungan itu tetap ditunjangi DAP yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbanyak walaupun pimpinannya tidak disenaraikan dalam jawatan penting dalam gabungan pembangkang itu.

"DAP yang diketuai Lim Kit Siang tidak boleh bersembunyi kerana realitinya parti itu masih menguasai suara dalam gabungan pembangkang terbabit. "Mereka (pembangkang) sebenarnya cuba 'menutup bangkai gajah' apabila melantik Guan Eng sebagai Timbalan Presiden. "Disebabkan mereka sangka pilihan raya sudah dekat, jadi mereka kelam kabut, lalu keluarkan satu senarai dengan lantik Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai Ketua Umum untuk melindungi keadaan sebenar (DAP paling berkuasa),
" katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program larian penyerahan Obor Sukan SEA di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ketereh di sini, hari ini. Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata mungkin pemimpin kanan DAP tidak disenaraikan dalam kerusi tertinggi kerana parti itu mempunyai masalah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menyebabkan mereka perlu mengadakan pemilihan semula
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Dalam DAP sendiri, usahkan nak lantik pemimpin dalam gabungan pembangkang, malah (pemilihan CEC) DAP sendiri belum selesai, " katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana