Najib, Zahid tahu siapa YB yang bekerja dan siapa tak buat kerja

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Naib Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengenalpasti ada wakil rakyat yang buat bekerja dan tidak buat bekerja.

Demikian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussain yang mendedahkan perkara ini berkata, wakil-wakil rakyat yang tidak buat kerja ini tidak diterima oleh rakyat.

``Sesungguhnya kita sokong macam mana sekalipun wakil wakil rakyat yang  tidak buat kerja ini tidak akan menentukan kemenangan calon kita.

``Bagi saya yang penting ialah kita melihat kehadapan ..saya sentuh hubungan kaum dengan manual PRU ke 14…ini tiada kompromi,’’ katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Manual PRU ke-14.

Hishamuddin berkata demikian semasa berucap merasmikan penutup persidangan  Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong dan sambutan Aidilfitri  UMNO Lenggong di  MRSM Lenggong pada Ahad.      

Menurut beliau, manual PRU ke 14 yang baru dilancarkan di Lenggong dan bakal ke seluruh negara itu bertujuan bagi mengenalpasti calon-calon yang boleh diterima rakyat untuk PRU nanti.

``Melalui manual ini, kita akan memastikan calon-calon yang bakal bertanding itu akan senang diterima rakyat dan juga kita akan memastikan jentera kita ini bekerja mengikut suasana semasa’’, kata Hishammudin yang juga Menteri Pertahanan.

Menurut beliau manual ini juga akan memastikan golongan sasaran seperti para peneroka Felda, golongan muda serta ahli veteran Angkatan Tentera Malaysia memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

``Kita gunakan pendekatan baharu ini bagi mengenalpasti kualiti sokongan kepada kita kerana, seperti di Parlimen Pekan sendiri ada yang kita dapat kesan ahli-ahli tidak menyokong kita, namun bukan kerana perjuangan, tetapi karana hasutan pihak pembangkang dan juga ada yang rasa tidak puas hati kerana tidak dapat BR1M, bantuan dan sebagainya”, katanya.

Sementara itu semasa bercakap dalam sidang media ketika ditanya mengenai pembentukan barisan kepimpinan Pakatan Harapan, Hishamuddin menyifatkan pembentukan barisan kepimpinan Pakatan Harapan sebagai 'berkecamuk' tanpa adanya hala tuju perjuangan sebenar.

Beliau yang juga Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkata, barisan kepimpinan pakatan harapan itu juga nampak tidak menentu dengan melakukan pelantikan secara semborono.

``Berkecamuk...sekarang pun pemimpin pun main semberono, dia pakai lantik tiga orang itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)...yang lain apa ceritanya?

"Mana nak letak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, mana nak letak Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mana nak letak Tan Sri Muhyiddin Yassin. Itu semua menjadi tanda tanya," kata Hishammuddin.

Khamis lalu, Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan Bersatu mengumumkan struktur kepimpinan baharunya dengan menamakan Anwar sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi manakala Dr Wan Azizah sebagai Presiden.

Mengulas lanjut perkara itu, Hishamuddin berkata, kepimpinan Pakatan Harapan jelas mencerminkan matlamat menghalalkan cara.

``dan  nama-nama yang disenaraikan itu (Anwar Ibrahim,  Dr Mahathir  dan Dr Wan Azizah) dahulu dihujahkan kepada kita sebagai tidak layak menjadi pemimpin, hari ini dilantik pula sebagai pemimpin Pakatan Harapan.

``Saya kurang yakin sama ada mereka ini serius atau hanya melakukannya kerana ‘the marriage of convenience’ (atas dasar kepentingan), saya rasa nama tadi dipergunakan atau diperalatkan.

"Saya rasa Anwar diperalatkan untuk dilantik sebagai perdana menteri kerana hujah secara pokoknya dan  pada pandangan peribadi saya, beliau tidak layak. Apakah sekarang ini dah taubatkah?" katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 2015 selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, Hishamuddin juga eerkata keputusan PRU Ke-14 nanti bukan sahaja bakal menentukan landskap politik negara malah ia mungkin melibatkan keselamatan negara, khususnya dalam dunia yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Menteri Pertahanan berkata ancaman keganasan ini bukan sahaja berlaku di Timur Tengah namun, beberapa petanda sudah dapat jelas dilihat di negara jiran khususnya di Filipina.

``PRU kali ini bukan sahaja penentu senario politik kita malah ia amat berkait rapat dengan soal keselamatan dan keamanan negara kita di rantau ini khususnya dalam mendepani ancaman pengganas yang dapat dilihat telah memasuki di kawasan-kawasan selatan Filipina’’katanya.

Beliau berkata kestabilan dan keamanan politik di negara ini mungkin akan berubah jika kepimpinan yang ada sekarang ini tidak mendapat mandat yang besar pada PRU akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana