MAHATHIR PENGERUSI – WAYANG TAKNAK BAGI NAMPAK DAP MENGUASAI

FORMULA Pakatan ni nampak jelas berterabur dan bercampur baur.  Dalam hal tentu siapa jadi Perdana Menteri, asasnya parti paling banyak kerusi dalam Parlimen akan buat keputusan tapi bab hieraki dalam Pakatan sendiri pulak, parti paling sikit kerusi dapat jadi Pengerusi, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Nampak sangat ini bukan pasal hieraki tapi wayang untuk mengalih perhatian rakyat, terutama orang Melayu dari nampak DAP yang menguasai Pakatan.  Sebab itu walaupun punya kerusi paling sikit tapi hampir semua jawatan utama, ada orang Mahathir di dalamnya.

Mahathir pulak berpakat untuk memastikan wayang ini berjaya.  Kononnya ada drama saat akhir melibatkan Mahathir dan keluarga Anwar sebelum hieraki ini dipersetujui, nampak sangat sengaja diadakan untuk alih perhatian dari tujuan sebenarnya – tak mau nampak DAP menguasai Pakatan.  Siapa bodoh saja fikir Mahathir boleh menguasai DAP, dia nak kawal parti dia sendiri pun tak terdaya.

Begitu juga siapa bodoh percaya Mahathir mahu berketuakan Anwar dan sebaliknya,  Mahathir sudah sampai ke tahap memalukan Anwar dengan mengatakan Anwar meliwat sambil melancapkan orang yang diliwatnya – boleh lupa macam itu saja?

Orang Melayu usah lagi tertipu dengan Mahathir.  Dengan tua kutuk ini, hampir tidak ada apa cakapnya yang boleh dipercayai.  Sekejap dia cakap macam ini, sekejap dia cakap macam itu, mana satu betul entah.

Hakikat yang semua orang tahu, DAP tak perlu jadi Pengerusi, Presiden atau Ketua Umum pun sebab dia akan menguasai macam mana pun – dari belakang.  Macam main wayang kulitlah, boneka boleh ada berapa banyak boneka, tapi Pak Dalang yang duduk belakang tirai putih tu tetap seorang dan itulah pun DAP.

Sebab itu orang DAP tak begitu kalut pemimpin mereka tidak ada dalam top 3 sebab mereka tahu top3 itupun dengan persetujuan DAP dulu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana