Madey elak bagi kepastian pendirian tentang isu moral Anwar…Tak Berani Kata Putus

"Years ago masa zaman Tun dulu, Tun pernah umumkan yang Tun tak boleh menerima seorang yang tidak bermoral menjadi pemimpin and you cannot work with such people. Tetapi sekarang dah berubah.

Adakah ini bermaksud dulu Tun silap cakap atau you stand by your statement that you made back then?

Itu soalan wartawan Agendadaily kepada Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang akhbar mengenai Program Nothing To Hide 2 di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya petang Selasa.

Soalan itu bertujuan untuk dapat jawapan pasti apakah beliau masih konsisten dengan pendirian masa singkir Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri  kerana kata pemimpin tidak bermoral tidak layak jadi pemimpin Malaysia.

Itu katanya pada sidang akhbar pada tahun 1998 selepas memberitahu beliau sendiri interbiu lelaki yang terlibat sodomi dengan Anwar dan wanita yang ada hubungan seks dengannya.

Malah dalam sidang akhbar itu beliau kelihatan tersipu-sipu hendak sebut apa yang dakwanya diberitahu oleh lelaki yang diinterbiunya bahawa Anwar telah melancap kemaluannya.

Katanya apakah beliau perlu beritahu semua ini kepada dunia mengenai kelakuan timbalannya.

Bukan setakat itu malah bekas Perdana Menteri itu semasa isu berkenaan memberitahu beliau mengambil tindakan keatas Anwar kerana sudah cukup yakin dengan salah laku moralnya.

Namun pada sidang akhbar hari ini beliau seolah ‘ nak main dalam semak’ dan nampak nak mengelak dari memberi sebarang kepastian apakah sudah berubah pendirian pasal isu perbuatan keji Anwar itu.

Inilah jawapannya ketika ditanya soalan itu : “ I stand by my statement at that time. At that time it was settled prevailing at that time. That was my response. Maybe next year I change my mind. Who knows.”

Dalam  bahasa mudah ini jawapan yang tidak jawab soalan.

Sedangkan ramai dikalangan rakyat termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mempersoalkan tentang pendirian itu samaada masih konsisten atau tidak.

Namun  menjawab soalan wartawan lain dalam sidang akhbar itu Dr Mahathir berkata beliau sedia sokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika itu yang dimahukan oleh rakyat.

Beliau memberi alasan dalam arina politik terdapat banyak kejutan.

Katanya dulu Anwar sebelum  masuk BN menentangnya tetapi kemudian diterima masuk UMNO.

Dr Mahathir yang kini Pengerusi Pakatan Harapan kata mereka sedang tunggu waktu yang sesuai untuk umum calon Perdana Menteri.

Katanya ia juga satu strategi kejutan dan mungkin diumum sekarang atau sebelum pilihanraya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana