Kuan Yew Usir Orang Melayu Singapura, Guan Eng Usir Orang Melayu Pulau Pinang

DAP sebuah parti yang mempunyai sifat dendam yang menebal  dan setia kepada ketua mereka yang terdahulu iaitu PAP. Segala perancangan PAP adalah  sesuatu yang MESTI dilaksanakan demi kesinambungan kuasa politik fahaman komunis  yang menjadi amalan mereka. Melayu tiada didalam senarai , Ini diakui sendiri oleh Kuan Yew.

Dasar komunis yang diterajui oleh Devan Nair ini terus menyerap didalam DAP dengan memastikan salah seorang yang berfahaman komunis berda didalam organisasi mereka sekarang. Devan Nair dengan menggunakan parti DAP telah memenangi pilihanraya ke 2 diBangsar.

Kekalahan keseluruhan PAP di Malaysia menyebabkan Kuan Yew terus membalas dendam terhadap Melayu di Singapura. Siri balas dendam terhadap Melayu dilakukan dengan melakukan pengusiran  orang Melayu di Kampung-kampung Melayu di Singapura.

Begitu juga dengan DAP di Pulau Pinang, mereka melakukan pengusiran  orang Melayu adalah untuk memastikan kuasa majoriti undi akan berpihak kepada mereka dan mengecilkan sokongan Melayu dikawasan majoriti.

Sebagaimana PAP, DAP juga telah menggunakan alasan penempatan semula yang mana koata majoriti adalah berpihak kepada penyokong mereka. Melayu akan diberikan koata yang amat sedikit sebagai menunjukkan bahawa mereka tidak mengenepikan bangsa lain dalam apa juga keadaan.

Alasan ini adalah untuk menghalalkan tindakan DAP dalam apa juga perkara yang memberikan kelebihan kepada mereka. Tetapi sikap orang Melayu sekarang terutama Mat Sabu, Azmin, Saifuddin , Anwar Ibrahim dan Mahathir adalah diantara orang yang sanggup melihat bangsa mereka menjadi pengemis dibumi sendiri akibat kerakusan kuasa yang mereka inginkan.

Namun didalam DAP bangsa Melayu tidak mempunyai tempat, hanya  kepada bangsa cauvanis DAP sahaja. Kebodohan dan kerakusan untuk kuasa ini lah yang menjadikan Melayu itu sebagai balaci atau hamba kepada DAP.

Mereka ini tidak mampu untuk bersuara, tidak mampu untuk membuka mulut untuk membela bangsa mereka sendiri, malah sanggup melihat bangsa sendiri dipijak oleh bangsa lain  tanpa ada kesedaran nasionalis.

Alasan isu atau apa juga perkara yang menjadi modal politik itu hanya untuk merenggangkan sokongan Melayu kepada Barisan Nasional, tetapi sebenarnya pemimpin seperti Azmin, Anwar dan yang lain lainnya  berusaha untuk memastikan DAP kekal berkuasa melakukan apa sahaja menindas Melayu.

Pengkhianatan  mereka ini tidak boleh dimaafkan lagi, Melayu yang masih sedar seharusnya terus mengembangkan  maklumat kepada akar umbi, memberitahu bahawa DAP adalah PAP yang mengamalkan dasar penaklukan alaf baru untuk Malaysia,

Mereka ini adalah pengerak agenda DAP dan PAP yang dibuat pada tahun 1964  untuk memecahkan Malaysia kepada dua bahagian, satu untuk DAP dan satu bahagian lain untuk Barisan Nasional. Ini agenda yang tidak pernah padam dan  Kuan Yew sendiri  mengakuinya bahawa itu adalah agenda utama dan PAP dan DAP adalah parti untuk bangsa cina dan bukan untuk Melayu.

Sudah pastinya jika DAP dapat menguasai dan memenangi 5 buah negeri Pantai Barat sudah pastinya terdapat tuntutan yang luar akal berlaku. Dimasa ini berseronoklah Mat Sabu, Azmin bila tiada lagi negeri Melayu di Pantai Barat.

Busuk hati pemimpin DAP dapat dilihat apabila sanggup membunuh politik rakan sendiri dengan menyebarkan persepsi dengan memburukan rakan sendiri sehingga tersungkur, Jadi tidak hairanlah  bagaimana DAP sekarang sanggup melakukan perkara yang sama terhadap Najib Razak dengan berbagai cerita sensasi.

Justeru  itu, orang Melayu yang berada didalam DAP haruslah berfikir dua kali atau seratus kali jika untuk terus bersama DAP atau  gembira melihat Malaysia ini dibahagikan kepada dua yang mana ianya adalah agenda terpenting DAP dan PAP untuk menguasai Malaysia terutama di Pantai Barat.

Jika Melayu yang berada didalam DAP sekarang melihat dengan memecahkan Malaysia itu satu perkara yang terbaik teruskan lah menjual dan menjadi pengkhianat kepada Negara dan bangsa sendiri demi memastikan “hantu” Kuan Yew tersenyum apabila agendanya dan matlamatnya berjaya dengan menggunakan kebodohan Melayu.

Dasar kesamarataan dan konsep “Malaysian Malaysia” adala umpan untuk memancing bangsa Melayu yang beranggapan mereka ini adalah berfikiran terbuka dalam apa juga perkara.

Tetapi jika kita lihat secara halusnya, Kit Siang sendiri tidak pernah mengamalkan dasar kesamarataan  sebagaimana yang diperjuangkan. Kita mendengar dan melihat bagimana setiap ucapan Kit Siang pada kebanyakannya menjurus kepada pemecahan keharmonian diantara Melayu dan Cina.

Apakah orang Melayu didalam DAP tidak pernah mahu melihat secara dekat hal ini?atau mereka menjadi buta apabila melihat imbuhan yang ditawarkan dan membutakan hati mereka untuk membela bangsa Melayu iaitu bangsa yang ada talian darh dalam tubuh badan mereka.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana