JANGAN MIMPILAH NAK MENANG KALI INI!!!!!! PKR MAMPU PERTAHAN PEMATANG PAUH WALAUPUN TERPAKSA MENENTANG PAS

PKR Permatang Pauh yakin parti itu mampu mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan dan tiga DUN di kawasannya sekiranya terpaksa berdepan dengan PAS dalam saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Cabangnya, Amir Md Ghazali berkata, PKR mempunyai peluang yang cerah untuk terus memenangi keempat-empat kerusi berkenaan ekoran kini bergandingan dengan tiga parti pembangkang lain dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kita sedia maklum sekarang ini Keadilan (PKR) di dalam Pakatan Harapan yang didokong oleh empat parti, jadi hubungan antara parti di dalam Pakatan Harapan amat erat, dan ia cukup mampu untuk mempertahankan Permatang Pauh sekiranya berlaku tiga penjuru sekalipun,” katanya kepada Antarapos.

PAS pada Ahad lalu melancarkan jentera pilihan rayanya di kawasan Permatang Pauh, kerusi yang sinonim dengan PKR.

Susulan pelancaran jentera itu, semalam Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof berkata pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia dan hanya menanti lampu hijau daripada PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama parti untuk bertanding di kawasan itu.

Mohd Fauzi juga berkata, PAS sememangnya ‘tidak asing’ kepada rakyat di kawasan berkenaan memandangkan kerusi Permatang Pauh sebelum ini milik mereka.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kini disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PKR juga memegang dua kerusi DUN di parlimen berkenaan iaitu Penanti dan Seberang Jaya, manakala PAS memegang Permatang Pasir, kerusi tunggal milik mereka di negeri yang ditadbir PH itu.

Dalam pada itu, Amir berkata PAS berhak untuk melancarkan jenteranya, bahkan mereka juga berhak menyatakan kesediaan untuk bertanding di mana-mana kerusi sekalipun.

“Pihak PAS sendiri berhak untuk melancarkan jentera pilihan rayanya di Permatang Pauh, dan kita tak ada bantahan kerana itu hak mereka untuk adakan apa-apa program di Permatang Pauh asalkan ia di dalam demokrasi perlembagaan.

“PAS Pulau Pinang ada hak untuk mengatakan mereka nak bertanding di mana pun tapi akhirnya PAS Pusat yang akan menentukan. Itu biasa bagi parti politik, termasuklah Keadilan (PKR) di Permatang Pauh, kita mahu letak calon tapi akhirnya dimuktamadkan di peringkat pusat.

“Itu tak ada masalah bagi Keadilan Permatang Pauh,” katanya lagi.

Namun Amir berkata, sekalipun PKR bersedia berdepan dengan PAS dalam saingan tiga penjuru, pihaknya masih mengharapkan agar prinsip satu lawan satu dapat dicapai.

“Apabila perhubungan terputus, bagi Keadilan Permatang Pauh, kita bersedia sekiranya berlaku tiga penjuru. Tetapi kita lebih menekankan hasrat kita untuk satu lawan satu, namun sekiranya berlaku juga tiga penjuru, kita bersedia di mana-mana sahaja

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana