Itulah Ayat Madey Dengan Nyanyoknya!!!!! Dr Mahathir mengulangi rasa kesal kerana pernah menyokong Najib Razak menjadi perdana menteri.

Lagi kah nak sokong perjuangan MADEY ini dengan tunjuk kebodohannya pada rakyat Malaysia ini....macam lah rakyat Malaysia BODOH sangat....?Dengan kata kata itu...BUkan sekali ni kata macam tu.Inilah Tuhan Nak tunjuk...makin lama makin teruk

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam memohon maaf kepada rakyat Malaysia, mengulangi rasa kesalnya kerana pernah menyokong pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Saya silap, saya sepatutnya angkat Mat Sabu jadi PM,” bekas perdana menteri itu berseloroh seperti dilaporkan Sinar Harian, merujuk Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu berkata beliau rasa “tertipu” dan berkata Najib tidak mewarisi sifat bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang dikenali sebagai ikon “bapa pembangunan” yang mempelopori rancangan Felda.

“Apa yang berlaku sekarang, saham Felda Global Venture (FGV) dah jatuh harga. Kononnya orang Felda akan jadi jutawan, sebaliknya hari ini peneroka tahu ia satu pembohongan,” katanya.

“Tidak sepatutnya Felda rugi sebab dunia tahu Malaysia sebuah negara yang dapat keuntungan besar dari industri kelapa sawit. Entah macam mana peneroka alami kerugian dan berdepan hutang yang besar.”

Najib dilantik perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Dr Mahathir bersara daripada Kabinet pada 2003, dan memilih Abdullah penggantinya. Bagaimanapun, Abdullah ditentang Dr Mahathir kerana dituduh menyebabkan prestasi buruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana