Ingkar arahan, RoS kaji tindakan lanjut terhadap DAP...ROS IKut DAP Atau DAP Ikut ROS...?

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan melihat tindakan lanjut yang boleh diambil terhadap DAP selepas parti itu berkeras untuk tidak mengadakan pemilihan semula anggota jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah juga mempertahan keputusan mereka sebelum ini menerusi kenyataan terbuka pada 7 Julai lalu.

"Kita akan kaji apa tindakan selanjutnya berdasarkan akta kita (RoS).

"Kita tidak ada niat dengan sengaja untuk membatalkan. Yang kita tegaskan supaya mereka buat pemilihan semula. Jadi mereka kena akurlah dengan apa yang kita minta mereka buat. Jika tidak, bermakna kita tidak dapat nak iktiraf CEC DAP," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat pada malam tadi terus berdolak dalih mengenai arahan RoS untuk parti itu mengadakan pemilihan semula.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebaliknya menuduh RoS memberi alasan tidak berasas dalam mengeluarkan arahan itu.

Guan Eng berkata DAP mempunyai pilihan sama ada mengadakan pemilihan semula dengan bantahan (under protest) atau mengambil tindakan undang undang terhadap RoS.

Guan Eng berkata DAP masih menaruh harapan untuk bertemu dengan RoS bagi menyelesaikan kemelut itu.

Beliau mendakwa kenyataan RoS bahawa terdapat perwakilan yang dinafikan hak untuk mengundi pada pemilihan semula 2013 adalah tidak benar.

Keengganan DAP mengadakan pemilihan semula parti kembali tercetus selepas RoS pada 7 Julai lalu meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang.

Razin berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan.

Mohamad Razin berkata pemilihan semula CEC yang baru adalah perlu bagi memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS.

Keengganan DAP mengikut arahan RoS berkemungkinan menyaksikan parti itu dilarang bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Bagaimanapun RoS tidak meletakkan sebarang jangka waktu untuk pemilihan itu diadakan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana