IBR: DAP HIPOKRIT, DWISTANDARD

Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP ternyata meng­amal­kan sikap hipokrit dalam isu mena­ngani rasuah apabila gagal menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika parti itu bersungguh-sungguh memerangi ra­suah, kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang menolak untuk menandatangani IBR.

“Itu sama sekali bercanggah dengan janji Pakatan Harapan kononnya mahu memerangi isu rasuah dalam tempoh 100 hari jika diberi kuasa. Ini menunjukkan mereka mengamalkan sikap hipokrit dan dwistandard.

“Saya percaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak berani menandatangani perjanjian itu kerana dia sendiri terlibat dalam kes salah guna kuasa dan rasuah serta sedang menanti dibicarakan di mahkamah,” katanya selepas menghadiri Majlis Sam­butan Hari Raya Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi UniKL, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, IBR yang dimeterai mana-mana organisasi, jabatan dan agensi kerajaan termasuk swasta bukan satu gimik politik.

Katanya, usaha SPRM itu me­rupakan satu dasar namun terse­rah untuk mentafsirkannya.

“Kalau yang melihatnya itu berfikiran terbuka dan positif, maka ia pastinya suatu dasar kerajaan yang progresif dan wajar dialu-alukan. Kalau yang melihatnya itu berfikiran negatif, ia tidak ubah satu gimik politik.

“Ikrar sedemikian adalah usaha mengajak kepada kebaikan. Menanam dalam diri setiap penjawat awam, iltizam, bahawa menjadi amanah itu sangat terpuji. Menyentuh nurani agar ingat bahawa mereka pernah berjanji untuk jujur, beramanah dan tidak curang,” katanya.

Kerajaan Johor menandatangani IBR pada 20 April lalu dengan Mohamed Khaled mendahului upacara melafaz dan menandatangani IBR yang disertai sembilan Exco dan tiga Ex-officio.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor turut melakar sejarah apabila menjadi JAS pertama di negara ini yang menzahirkan komitmen memerangi rasuah dengan melafaz dan menandatangani IBR.

Mohamed Khaled berkata, kesediaan SPRM itu menunjukkan tanggungjawab mereka dalam memberikan kesedaran selain menunjukkan komitmen me­merangi serta membanteras gejala rasuah.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana