DAP terima surat rasmi ROS arah pemilihan semula jawatan CEC…

Akhirnya DAP tidak boleh berdolak dalik lagi.Sebelum ini riuh minta surat rasmi dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai arahan perlu adakan pemilihan semula jawatan Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC).Pagi Isnin surat berkenaan sudah diterima.

Kini semua orang tunggu nak tengok apa keputusan rasmi parti itu samada nak ikut arahan atau tidak.

Ikut peraturan jika parti itu tidak patuhi arahan maka semua calonnya tidak boleh bertanding pilihanraya umum ke 14 kerana pemegang jawatan yang tandatangan surat watikah calon berstatus tidak sah.

Ketua Biro Undang-undang DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong,Gobind Singh Deo beritahu menerusi laman facebooknya  partinya terima surat rasmi ROS pagi Isnin.

Katanya pimpinan parti itu akan bermesyuarat Rabu ini dan akan keluar satu kenyataan selepas itu.

Isu dalaman DAP hangat bila ROS pada 7 Julai lalu mengeluarkan kenyataan media mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula jawatan CEC parti itu kerana menganggap pelantikan dan pemegang jawatan utama yang dibuat pada 29 September 2013 tidak sah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana